Review Hanasui Ceramide Probiotic Peeling Gel

Hi,

Sebagai seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan kesihatan kulit, saya telah mencuba pelbagai produk penjagaan kulit, namun tidak ada yang sebaik Hanasui Ceramide Probiotic Peeling Gel Scrub. Pada mulanya, saya tertarik dengan produk ini kerana harga promosi yang sangat berpatutan, iaitu RM11++ sahaja. Harga biasa belas ringgit kebetulan Guardian ada promo. Setelah membaca tentang keberkesanannya, saya mengambil keputusan untuk mencubanya.

1 tiub 100ml

Masak Pan Mee Segera Jenama Meet Mee

Hi,

Baru-baru ini, saya teruja untuk mencuba masakan Pan Mee segera yang kawan saya beli setelah melihat video di TikTok. Dalam platform tersebut, banyak pengikut menunjukkan cara penyediaan hidangan ini dengan pelbagai versi yang menarik. Tanpa berfikir panjang, saya pun suruh kawan saya beli 5 paket Pan Mee yang menawarkan segala keperluan untuk memasak hidangan ini dengan mudah.

Nampak je kecik, bila dah masak jadi banyak

Makan Mee Kolok dan Laksa Sarawak di Pasar Satok

Hi,

Time Air Asia buat promo tiket murah, saya berkesempatan untuk menjelajah ke Pasar Satok di Kuching, Sarawak, sebuah lokasi yang terkenal dengan pelbagai jenis makanan tempatan yang lazat. Dengan perut yang lapar dan semangat yang tinggi, saya mencari hidangan istimewa yang menjadi kebanggaan rakyat Sarawak.


Setibanya di Pasar Satok, suasana yang meriah menyambut kedatangan saya. Deretan gerai yang menjual pelbagai jenis makanan serta bahan mentah memenuhi ruang pasar. Bau haruman makanan yang beraneka ragam memenuhi udara dan menggugat selera saya untuk mencuba sesuatu yang khas dari Kuching.

mee kolok ni ada sup, sup kosong nanti boleh celup-celup

Makan Ramen di Sushi Kozaku

Hi,

Perut dah lapar, waktu lunch hour kian tiba, saya merasakan keinginan untuk menikmati hidangan Jepun yang sedap di Sushi Kozaku yang terletak di Sunway Putra Mall. Setelah memeriksa beberapa pilihan, saya memilih untuk mencuba ramen sup yang terkenal di restoran ini, bersama dengan salad chuka wakame (rumpai laut), serta sushi ikan salmon dan air green tea sejuk

1 portion ramen sudah kenyang!

Pengalaman Menikmati Aiskrim Bingxue

Hello,

Suatu petang yang cerah, saya dan kawan saya bercadang untuk bersantai di Bangunan Semua House setelah penat ronda-ronda Jalan TAR. Kami ingin mencari sesuatu yang menyegarkan untuk menghilangkan haba cuaca yang panas. 

Setelah berjalan-jalan di sekitar bangunan ni, kami terhenti di sebuah kedai aiskrim yang menarik perhatian kami. Dengan dua pilihan rasa, kami segera tertarik untuk mencuba aiskrim Bingxue dengan campuran dua rasa terus tanpa banyak soal

Ruang kerja yang kemas & teratur ...

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024