7 Cara Mudah Reprint Boarding Pass Air Asia Guna Mesin Kioks di KLIA2

Hai,

Best kan kalau dapat naik kapal terbang ? Tapi naik kapal terbang ada langkah-langkah yang perlu diikuti walaupun anda sudah ada tiket iaitu cara nak dapatkan boarding pass. Pass masuk ni bertujuan untuk sahkan kita ni penumpang yang sudah check in dan boleh lalu security check dengan selamat & tenang .. hehe

Untuk check in flight Air Asia membenarkan penumpang berbuat demikian dalam masa 14 hari sebelum berlepas. jadi, dalam masa 14 hari kita dah boleh check in flight kita termasuk laluan domestik dan laluan antarabangsa

Berkunjung Ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2019

Hai,

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa bagi tahun 2019 dah melabuhkan tirainya. Seperti biasa saya dan kawan saya berkesempatan pergi pada malam tersebut untuk mendengar sendiri bacaan ayat suci Al Quran oleh para qari dan qariah bertanding

Nie pertama kali tau saya kesana. Sebelum ni tak pernah lagi pergi mana-mana majlis tilawah alquran ni. Tanpa merancang untuk pergi pun tetiba kawan saya ada bagitau majlis tilawah ni diadakan di KL Convention Centre.

Jadi, saya disana berkesempatan untuk menerjah gituu. Kena rasa sendiri pengalaman depan mata. Sebelum ni kita asyik tengok dalam TV je kan..

Pantang jumpa banner jer kita selfie ramai2

Pengalaman Makan Manhattan Fish Market di Quill City Mall

Hai,

Kalau rasa nak makan ayam mesti pergi KFC kan, burger pula mesti terlintas MCD. Macam mana kalau rasa nak makan menu berasaskan ikan, sebabtu kita kena pergi Manhattan Fish Market. Nama pun dah macam international

Untuk pengetahuan Manhattan ni berasal dari Malaysia dan kini melebarkan sayap perniagaan ke 72 restoran di Asia dan Timur Tengah termasuk Singapore, Malaysia, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Myanmar, Oman, Japan, Bangladesh, Qatar, United Arab Emirates, Brunei and Maldives

Pengalaman makan ikan dory di Manhattan Fish Market sempena promosi 

Goodday Susu Kurma Edisi Baru

Hai,

Eh, Goodday ada keluarkan susu. Susu apa? Tentulah susu kurma. Skrg ni pun dah ada beberapa pilihan susu kurma pelbagai jenama. Yang saya kenal masa mula-mula dulu Farm Fresh tu la. Hatt tu sebijik rasa susu segar dicampur kurma. Now, kita cuba jenama Goodday pula, tak salah kan bertukar rasa!

Kalau dilihat gambar ni, katanya ditambah ekstrak kurma. Kurma kan sekali skala dia muncul dalam bulan puasa je banyak dijual. Kini, kurma sudah ada dalam susu haha . Susu Kurma ni pun baru je ada dalam pasaran

Kita cuba pek kecil 300ml sesuai ke tidak ye kan. Maklumlah, perisa baru!

Mee Cintan Perisa Kari Kesukaan Saya

Hai pembaca yang saya kasihi,

Macam biasa la kan kalau tiba malam hari tapi mood memasak tu kelaut tetiba ada Mee Cintan Perisa Kari buat anda tak jadi nak lapar. Mee Cintan ni sebenarnya sudah lama dalam pasaran cuma saya baru nak cuba je hahaha

Sebelum ni takpernah beli. Kalau jejalan dalam pasaraya memang banyak kan jenama bersusun diatas rak. Yang mana selalu makan itu lah yang dibeli ye dakk? Jom kita cuba Mee Cintan Perisa Kari. Nampak seperti pembukusan edisi baru berbanding beberapa tahun yang lepas
Untuk pengetahuan anda, Mee Cintan ni ada perisa lain juga seperti tomyam, asam laksa, seafood, ayam dan banyak lagi

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024