Idea Produk Bestseller Dropship

Sebelum itu, mari kita baca kisah kejayaan usahawanita online ni. Beliau bijak mencari idea bestseller untuk produknya.



Kelebihan Agen Dropship

Menjadi agen dropship kepada pembekal anda seharusnya memudahkan kerja anda. Apa yang mudah? Tak perlu simpan stok melambak dan juga tak perlu pos barang. Suka tak ? Stor rumah anda kecil ? Jgn risau sebab anda tak perlu ruang untuk simpan stok bertimbun-timbun itu.


Cara Sistem Dropship Berfungsi

Bagi mereka yang tak tau nak cari stock produk anda boleh sertai mana-mana seller yang menawarkan dropshipping. Dropship tu maksud nya anda bayar harga modal + pos jika ada. Dan lebihan untung anda boleh simpan terus. Pos barang pula pembekal anda yang uruskan.



Tenaga Kerja Jimat Dropship

Memulakan bisnes dengan membuka kedai dan mengambil pekerja membebani aliran tunai kita kan ? Mana tak nyaa setiap bulan kena bayar sewa kedai, bil air, bil internet dan juga gaji pekerja.

Dropship tidak memerlukan pekerja dan juga sewa kedai. Tak perlu pening kepala untuk bayar gaji pekerja dan juga bayar sewa kedai. 

Pasaran Bisnes Dropship

Sudah join mana - mana supplier yang menawarkan dropship ? Dah dapat bahan promosi produk terbabit?

Nak menjual mesti kena ada pembeli bukan ? Pasaran online Malaysia sangat luas. Anda bebas menjual pelbagai jenis produk tanpa terikat dengan sebarang peraturan. Rata-rata produk yang laris dalam pasaran adalah produk yang sering mendapat permintaan. Contoh produk kosmetik dan kelengkapan bayi serta barang dapur.


Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024