Hai..
Mungkin ada dah tak sabar nak pergi ke negara tanah besar untuk memborong kan? Fikir masak-masak dulu, jgn sampai pergi sana pastu tak tau nak borong apa. Kebanyakkan orang macam ni la.. "Demam" nak borong semua benda. Kena ada strategi dahulu sebelum memborong. Dah fikr strategi anda? Buat sedikit kajian barang apa mendapat permintaan dan laris di pasaran Malaysia..
"Risiko tak jumpa barang yang anda nak jual"
Saya tahu, anda nak borong benda yang orang kata laku keras di jual sampai over confident pun ada. Lepas beli tiket flight, booking hotel apa semua tetiba barang yang anda nak beli tu tak jumpa. Mana tau kan, sebab plaza memborong di China sangat luas & besar, Mampu dan laratkah anda nak turun naik bangunan dalam masa yang singkat. Kalau pergi dengan agen baik nya dia orang sudah berpengalaman dalam situasi ini. Kalau pergi sorang2 alamakkk nya tersesat!
Mencari barangan yang serupa saiz, warna, corak seperti yang anda lihat di internet, di Facebook amat mencabar dengan masa yang singkat. Bukan itu sahaja, dengan beribu kedai lagi memang menyukarkan misi anda. Anda kena sediakan banyak plan A, B , C .. hihihi
Katakan anda menjual pakaian, trend dan fesyen pakaian sentiasa berubah dari semasa ke semasa.. Sebab di negara mereka musim/cuaca/iklim sentiasa berubah, tak sama macam iklim di Malaysia.. Mungkin ini akan membantut kan hasrat anda untuk memborong pakaian dari China..
Pstt, jgn risau la, skrg zaman IT dah canggih semua saya tengok. Nak memborong stakat 30-50 helai baju ke apa ke boleh beli kat Taoboa jer. Kalau ada modal RM1000 sudah boleh jana banyak keuntungan anda dapat ... ..Kenal tak Taobao?
Masuk sini ..