Hai, mungkin ada antara anda yang sudah ada cukup modal untuk memulakan bisnes borong dari
China. Kawan saya ada cakap kalau nak beli barang murah beli kat China.. Tapi takkan la saya nak kesana sorang diri pastu sesat .. Zaman skrg sudah maju, Mari baca lagi ...
Mungkin ini soalah pertama yang akan muncul di fikiran anda apabila saya menyebutkan tentang halaman web TaoBao.com. Mengapa membeli di TaoBao.com? Mengapa tidak Alibaba.com? ataupun AliExpress.com?
Baiklah, biar saya terangkan kepada anda mengapa saya memilih TaoBao.com sebagai lubuk untuk tempat saya memborong barang dari China.
Untuk pengetahuian anda, TaoBao.com sebenarnya, adalah merupakan website milik syarikat Alibaba. Jadi.. Mengapa pula Alibaba mewujudkan TaoBao.com sedangkan mereka sudah ada Alibaba.com?
Sebenarnya, Taoboa.com diwujudkan untuk segmen pasaran yang berbeza...
Di Alibaba.com, ianya adalah lebih khusus kepada pemborong-pemborong yang besar dimana, produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Tetapi untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.