Rahsia & Panduan Bina Produk Jenama Sendiri Terbongkar

Memiliki produk jenama sendiri sememangnya menjadi idaman setiap usahawan dan bakal usahawan. Serta, mana-mana individu yang berminat untuk bebas dari masalah kewangan.

Tetapi rata-ratanya tidak tahu bagaimana proses dan cara yang betul dalam mengeluarkan produk jenama sendiri.

KETAHUI rahsia cara menghasilkan produk jenama sendiri seperti syarikat-syarikat lain yang ada di Malaysia ..

Produk sendiri meliputi produk kesihatan dan kecantikkan sememangnya permintaan hangat masa kini. Semua orang nak cantik blaker.

Mohd Ilham Rusli telah  membongkarkan rahsia seperti :

  • Contoh-contoh idea produk yang mendapat permintaan di pasaran
  • Bagaimanakah R&D terhadap produk dilakukan
  • Proses kelulusan KKM & Logo HALAL
  • Kajian pasaran
  • Kaedah memasarkan produk

...dan banyak lagi 'rahsia' tersebut...

Baru-baru ini saya telah membeli sebuah ebook bertajuk ‘Rahsia bina Produk Jenama Sendiri’ hasil penulisan saudara Mohd Ilham Rusli.

Beliau berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang perniagaan dan memiliki 7 produk jenama sendiri. Ebook ini ditulis dengan tujuan agar lebih banyak usahawan yang memiliki produk jenama sendiri pada masa akan datang.

Perlukah Modal Besar Untuk Memulakan Bisnes ?

>> “Dia modal besar, boleh lah berjaya cepat! Aku ni nak beli barang dapur pun kena bercatu.”<< 

Ini biasa yang kita dengar dalam kalangan masyarakat tak kira kat mana skali pun bahkan di kedai kopi pun orang masih bercakap pasal modal berniaga !

Ya, saya tak nafikan, siapa yang mempunyai modal wang ringgit yang besar pastinya ada kelebihan berbanding dari yang sikit modalnya.


Tapi, tahukah anda, modal besar saja tak menjanjikan keuntungan yang besar. Lihat saja di sekeliling anda, berapa ramai usahawan yang gagal walaupun modalnya besar.


Ramai yang akhirnya terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi! Yakinlah, diri anda sendiri adalah modal utama dalam apa jua perniagaan yang anda usahakan. 

Duit hanyalah duit, duit tiada akal. Anda yang mengurus dan mengawal duit itu. 

Oleh itu, sebelum anda terlalu mencuba untuk mencari modal wang ringgit yang besar, apa kata, tingkatkan  dulu ‘nilai’ diri anda. Kenapa? Supaya diri anda sendiri menjadi modal utama dalam perniagaan, bukan wang ringgit semata-mata.

Bagaimana caranya? 

Pergilah menuntut sebanyak ilmu dari mereka yang berpengalaman. Knowledge is POWER. Tips ini dikongsikan oleh Pengasas Mz Secret, FB : Muhammad Zukermi

Maybank Memperkenalkan M2u Pay ?

Salam,

Baru-baru ini Maybank2u telah melancarkan platform terbaru untuk usahawan online bagi memudahkan para penjual online menyemak bayaran pembeli secara terperinci seperti masa,jumlah duit bank in, dan sebagainya. Anda cuma perlu memasukkan kod HTML yang diberi oleh pihak Maybank ke dalam blogshop anda seperti butang di bawah akan terhasil.


Transaksi jualan terperinci di bawah anda boleh semak di dalam Maybank2u pay anda :

  • Tarikh & masa transaksi
  • Maklumat transaksi & status
  • Nama pembeli & e-mel
  • Amaun yang dipindahkan

Jadi kes penipuan dapat dikesan dengan mudah jika ada pelanggan ingin menipu jualan anda. Senang bukan?Lepas ni tiada lagi isu berbangkit mengenai keluhan peniaga online untuk mendapatkan details pembeli.

Tips Temuduga Mendapat Kerja

Temuduga? Sering kali ANDA sebagai rakyat Malaysia atau sesiapa pun yang ingin memohon untuk memenuhi sektor pekerjaan semestinya dahulu menjalani proses temuduga. Ada yang berjaya dan tidak kurang juga mereka yang gagal dalam proses temuduga tersebut.
Temuduga atau interview ialah suatu pertemuan atau perjumpaan secara dua hala diantara dua kumpulan yang berkepentingan untuk mendapatkan sesuatu dari satu pihak yang lain.

6 Tips Dan Petua Jaga Kesihatan Rambut..

Salam, puas membicarakan soal bisnes dan tips, hari ni saya nak kongsikan satu tips yang jarang anda tahu.. hehehe

6 Petua Jaga Kesihatan Rambut
p/s : Gambar Google ..ahakss !!
Berikut adalah petua-petua bagaimana hendak jaga kesihatan rambut:
1-Keringkan rambut selepas mandi. Jangan biarkan rambut anda berada dalam keadaan basah selepas anda mandi. Sebaliknya, keringkan rambut anda. Jika anda ingin pakai topi, topi keledar, tudung atau apa sahaja yang bakal menutup kepala anda, pastikan rambut anda sudah kering sepenuhnya.

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024