Tips dan Panduan Membeli Belah Secara Online
Saya dapati ada di antara anda masih baru dan merasa ragu-ragu untuk membeli secara online. Dibawah saya kongsikan beberapa tips dan panduan membeli belah secara online untuk rujukan bersama :
✔STATUS PENJUAL
- Sila pastikan anda semak terlebih dahulu status penjual sama ada masih lagi aktif ataupun tidak lagi. Juga pastikan penjual memaparkan maklumat mereka seperti nama penjual, no telefon untuk dihubungi ataupun alamat tempat mereka berniaga. Jika ada SSM borang pendaftaran perniagaan, maka kita yakin boleh berurusan dengan mereka. Sebelum membeli, cuba hubungi penjual melalui sms paling cepat, emel dan platform lain lagi
✔KOMEN, FEEDBACK dan ULASAN
- Sila baca komen-komen, feedback ataupun ulasan yang diberikan oleh pelanggan kepada penjual sebelum ini. Samada ianya ulasan yang memuaskan atau tidak. Bab ulasan ni kita boleh tengok facebook atau website jualan mengenai komen-komen pembeli terdahulu. Jika ada, boleh lawati mana-mana forum perbincangan.
✔TRACKING ID
- Setelah urusan membeli selesai, sila pastikan penjual memberi anda Tracking ID (no tracking kurier cth : EF 174589848 MY) untuk rujukan anda. Ianya memudahkan untuk anda mengesan barangan anda. Biasanya, selepas anda membeli, wajib minta trekking number pos untuk memudahkan anda menyemak status barangan anda berada dimana sebelum sampai ke destinasi. Dengan adanya trekking number, mudah untuk rujukan di kemudian hari jika berlaku barang tak sampai. Sekarang moden, trekking number boleh semak online sahaja.
✔RESIT atau BUKTI PEMBAYARAN
- Akhir sekali sila simpan resit ataupun bukti pembayaran anda (Slip bank in / transfer) untuk kegunaan jika anda ingin menebus kembali barangan yang anda beli jika terdapat kerosakan ataupun kesilapan.
Tips yang saya ulas itu pun boleh digunakan untuk elakkan ditipu. Lagi satu, berhati-hati dengan amaun transaksi yg besar terutamanya baru pertama kali membuat transaksi.
Dan Berhati-hati juga jika harga yg ditawarkan oleh penjual tu jauh terlalu murah bebanding harga pasaran.
Sekian tips saya !
Pemanggang Ajaib Happycall Frying Pan
"ALAMAK!! LAUK PAUK LAMBAT MASAK PULAKK"..
Anda Suri Rumah Yang SIBUK ? Selalu Memasak Kat Dapur TAPI Makanan Lambat Nak Masak? Hurmm. Anak-anak Duk Menunggu Nak Makan DGN En Suami..
KINI.. Beralihlah Kepada Pemanggang Moden HAPPYCALL. Bukan Sahaja Makanan Cepat Masak Malah Kesegaran Makanan TERJAMIN !!
Kisah Usahawan Tudung Berjaya
Siapa kata bermula dari kecil-kecilan jual tudung tak untung? Ikuti kisah dibawah yang sudah ada jenama tudung dalam pasaran dan boleh dikatakan pengusaha tudung yang berjaya !
Oleh Hajahfarhana Tarmudi
Orangnya kecil molek namun semangat dan usaha dilakukan untuk mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan tudung sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan jenamanya dapat bersaing dengan butik tudung lain yang kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Menurut pemilik butik tudung dan selendang Al-Humaira Contemporary (AHC), Hani Elia Rousli, dia perlu bertahan dan bijak mengurus perniagaan yang ditubuhkan sejak Mei 2010 itu.
“Dalam dunia perniagaan, kita perlu lebih kreatif, menguatkan aktiviti pemasaran dan mencari idea menarik agar terus bertahan untuk bersaing dengan jenama lain.
Antara tudung yang dijual ketika tahun 2013..
Koleksi Set Bersalin Mampu Milik ( Spa & Ma )
As salam,
Saya pasti ramai wanita selepas bersalin tercari-cari set bersalin siap untuk pantang kan dalam masa 60 hari. Bukan apa, set bersalin sekarang kan banyak dalam pasaran Malaysia dengan pelbagai jenama dan produk. Apa pun pilihan di tangan masing-masing. Berpantang ni penting untuk kesihatan masa depan. Saya tengok orang sekarang pantang belum habis tapi sudah ke hulu ke hilir gamaknya... hihi. Jangan buat macam tu, nanti badan u olss sakit.
Set bersalin yang menjadi pilihan mestilah murah, disamping produk/items yang disertakan adalah banyak? Betul tak.. serta elok, berpatutan, terbaik, dan berbaloi untuk kegunaan berpantang selama 60 hari. Kalau anda di kampung mungkin untuk mencari herba kampung mudah sebaliknya jika anda berada di bandar maju set berpantang siap lengkap dijual secara online atau offline. Kini anda juga berpeluang membeli set berpantang secara online di sini
Antara contoh set bersalin pilihan wanita Malaysia antaranya ialah seperti berikut :
Sari Yanti pengguna set bersalin Spa & Ma ni.
- Sangat praktikal kerana setiap set didatangkan dengan 11 jenis produk yang terbaik dan terpilih sahaja mengikut keperluan ibu yang sedang berpantang.
- Sangat fleksibel dan lengkap dimana ianya sangat sesuai digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal atau secara pembedahan.
- Bertindak menyeluruh dalam memastikan para ibu mendapat penjagaan dan belaian yang sempurna dari segi kesihatan dalaman dan kecantikan luaran.
- Ringkas dan mudah terutama untuk ibu moden bagi melalui pengalaman tempoh berpantang umpama di spa.
- Produk Bumiputera yang mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Terbukti bersih dan halal.
- Setiap produk yang dipasarkan adalah berkualiti tinggi dengan harga ekonomi.