Tips Pilih Logo Perniagaan

Dari ABS: Memilih label dan logo....


Label adalah unsur wajib-ada pada produk. Label adalah nama produk. Kita perlu mempunyai label. 



Ciri-ciri nama yang sesuai dijadikan label:

+ Nama itu 1 perkataan sahaja. Label 1-perkataan cepat melekat dalam ingatan konsumer. 'Malayan  Banking' ditukar kepada 'Maybank'.

+ Nama itu menggunakan perkataan yang sudah melekat dalam memori konsumer. 'AyamMas' (ayam + emas)

+ Nama itu mudah disebut di hujung lidah semua kaum 1Malaysia. Sesetengah kaum sukar menyebut bunyi 'r', 'd', 'v'. Ejaan bahasa Peranchis sukar dibunyikan oleh lidah Malaysia.

+ Nama itu ada kaitannya dengan produk. Jika produk itu 'ayam', pilih perkataan yang terus merujuk kepada 'ayam', bukan benda lain. Jika produk itu adalah air, nama itu mempunyai kaitan dengan air.

Logo adalah unsur bagus-ada pada brand. Jika kita mempunyai logo, itu bagus. Jika tidak, label pun sudah memadai. 

Sebaiknya kita mempunyai label dan juga logo.

Tips ini dibawakan khas oleh Puan Ainon Mohd, Founder PTS

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024