Hi,
Masa keluar jejalan, saya berkesempatan untuk mencuba salah satu minuman yang sedang trending, iaitu air Lemonade dari Mixue. Saya sering mendengar tentang betapa segarnya air ini, jadi saya tidak sabar untuk merasainya sendiri.
Setibanya di cawangan Mixue, suasana di kioksnya sangat meriah. Terdapat pelbagai jenis minuman dan aiskrim yang menarik perhatian saya. Namun, pilihan saya tetap kepada Lemonade, kerana saya memang peminat minuman yang masam-masam dan menyegarkan. Setelah menunggu giliran, saya pun membuat pesanan untuk air Lemonade yang terkenal dengan rasa kepingan lemon segar di dalamnya
Air Lemonade Mixue yang menyegarkan