Tips Cari Idea Tulis Ebook Sendiri

Proses menulis ebook adalah lagi mudah dari proses mencari tajuk ebook untuk di tulis. Kadangkala, yang menjadi penghalang kepada usahawan internet untuk memiliki perniagaan ebook sendiri bukan di sebabkan tidak ada kemahiran menulis tetapi tidak tahu hendak menulis apa.

Ebook di tulis untuk menyelesaikan masalah orang ramai. Orang ramai membeli ebook di sebabkan mereka mahukan maklumat yang ada di dalam ebook tersebut. Sebenarnya, anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu kemudian anda hanya perlu menjualnya kepada mereka yang memerlukannya.

Konsepnya mudah, jual minuman pada mereka yang dahaga dan jual makanan pada mereka yang lapar. Jual ebook pada mereka yang mahukan maklumat tersebut. Maksudnya, anda boleh jual ebook apapun asalkan teknik pemasaran anda bagus.

Untuk membantu anda mencari idea untuk tulis ebook, saya senaraikan tiga teknik simple yang boleh membantu anda untuk cari idea untuk menulis ebook.

Tips Mencari Niches Hot Untuk Tajuk Ebook

Kita tahu ebook adalah teknik paling mudah untuk jana pendapatan yang banyak di internet, namun kita seperti kehilangan arah bagaimana hendak bermula. Sebenarnya, anda tidak perlu memikirkan sesuatu yang terlalu bernas untuk jana pendapatan melalui ebook.
Apa yang anda perlu fikirkan adalah bagaimana hendak mencari pembeli yang dahagakan maklumat yang anda jual itu. Di dalam ebook ringkas ini, saya senaraikan lima niche yang hot iaitu niche yang mempunyai bilangan pembeli yang banyak dan akan sentiasa laris.

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024