Produk Keperluan dan Produk Kehendak

Dari ABS: Produk Keperluan dan Produk Kehendak 

Bisnes menjual tepung gandum dan bisnes menjual roti budak sekolah adalah contoh barang keperluan.

Banyak peniaga Melayu mengambil hutang bank dengan mencagarkan hartanah bagi memulakan bisnes dalam sektor barang-barang kehendak. Barang sukar dijual, hutang gagal dibayar, hartanah dilelong oleh bank.
  • Membuka kedai makan nasi campur adalah bisnes keperluan. 
  • Membuka kedai makan nasi Arab adalah bisnes kehendak.
  • Membuka bisnes kafe kopi adalah bisnes kehendak. 
  • Membuka restoran salad buah-buahan adalah bisnes kehendak.
Permintaan bagi barang-barang keperluan sentiasa ada sepanjang tahun. Dalam keadaan ekonomi sihat mahupun gawat, orang tetap membeli barang-barang keperluan.

Dengan pertambahan jumlah penduduk, permintaan barang-barang keperluan sentiasa semakin meningkat.

Memilih Bisnes Cara Betul

Dari ABS: Memilih Bisnes Cara Betul

Banyak peniaga Melayu mengeluarkan produk dengan tidak mengetahui ciri-ciri produk yang macam mana yang laku, dan produk macam mana yang tidak laku.

  • Mereka menghadiri kursus-kursus pembuatan produk itu dan produk ini. Selepas tamat kursus, mereka pun mengeluarkan produk itu, dan produk ini.
  • Kalau mereka telah mengikuti kursus membuat coklat, apabila tamat kursus mereka pun membuka bisnes pengeluaran coklat. 
  • Kalau mereka menghadiri kursus membuat telur masin, mereka pun mengeluarkan telur masin. 
  • Kalau mereka menghadiri kursus membela kambing, mereka pun membuka kandang kambing.

Mereka terjun dengan berbekalkan semangat bisnes yang menggebu-gebu. Mereka yakin produk mereka akan laku keras, dan bisnes mereka akan menghasilkan banyak keuntungan. 

Mereka mendengar pengendali kursus bercakap begini, begini, begini. Mereka percaya semuanya. 

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024