Hii,
Pengalaman Membeli Di Taobao.com
Hai,
Beberapa hari yang lalu saya ada buka web Taobao, nak tengok barang je, tetapi ada berkenan dekat satu kasut sarung ni. Harga tak mahal pun dalam belas ringgit je, ya.. semurah itu boleh dapat kalau ugais beli direct dari China. Kualiti pun ok, setakat nak pakai boleh la..
Nak cerita, saya ni tak pernah pun order barang kat Taobao sebelum ni. Setelah saya ada baca panduan borong dari China oleh Nigel ni, saya terbuka hati katakan nak usha barang dari sana. Harga mak oihh, murah dari pasar borong tau! hihi.
tadaa, ni 1st barang yang saya beli kat Taobao,
Memborong Dari China & Tiket Penerbangan
Salam,
Untuk pergi ke negara China kita kena servei tiket murah dari biasa. tak gitu? Memakan kos yang tinggi sudah termakan modal pusingan perniagaan anda. Terdapat beberapa buah syarikat penerbangan untuk ke Guangzhou direct dari Kuala Lumpur. Perjalanan ke Guangzhou memakan masa lebih kurang 4 jam 10 minit.
Airasia
Penerbangan Airasia adalah tumpuan bagi para peniaga untuk ke Guangzhou sebab tiket yang ditawarkan juga murah dan berpatutan. Kalau rezeki anda dapat, pergi balik tak sampai seribu pun.. Bawah RM1000 lagi ok kan... Air Asia juga menambah jumlah penerbangan pergi balik antara KL dan Guangzhou kerana permintaan untuk laluan udara tersebut menjadi pilihan utama...