Cara Buat SEO Blog

Hai, korang semua buat apa tu ? Kali ni saya nak kongsikan cara SEO yang sebenar dan dipraktikkan oleh beberapa orang blogger.

Pernah dengar apa itu Affiliates ? Jika pernah bererti anda sering melibatkan diri dalam affiliates. Tak kisahlah affiliates tempatan atau antarabangsa. Bagi saya sendiri, saya suka yang tempatan je la. Memadai adanya platform seperti klikjer.com dan ashadee.com (dulu org panggil Jomniaga) sekarang tukar nama. Yang antarabangsa saya tak berapa tahu sangat tapi pernah dengar la macam Amazon dan juga Clickbank kan ?

Kebanyakkan blogger ni jana income melalui blog. Dari mana mereka dapat trafik yang banyak tu. Pendapat saya la, mungkin antara mereka ni ada mengamalkan SEO untuk blog mereka. Sebab itu blog mereka mudah dicari di carian Google. Taip je keyword, kalau kena blog korang untung la. Tambah-tambah pulak, artikel yang korang tulis tu pasal produk affiliates. Jika mereka klik dan berminat untuk beli dapat la duit poket kan? Siapa tak suka duit, semua orang suka akan duit... hahaha :)

Tengok ni, keputusan carian di Google juga tidak menghampakan. Lebih 2juta hits carian dalam masa 0.30 saat.

Sudah Guna Google Webmaster Tools ?

Gunakan Google Webmaster Tools

Hari ini, apabila seseorang pengguna mahu mencari maklumat tentang sesuatu produk atau tentang sesebuah syarikat perniagaan. Mereka akan pergi ke google terlebih dahulu dan membuat carian menerusinya.

Disebabkan itu, jika anda hanya sekadar mempunyai website sahaja, tetapi ianya tidak dapat dijumpai menerusi carian di google, ianya adalah sesuatu yang merugikan.

Terdapat banyak cara untuk memastikan website anda dijumpai oleh pihak google, tetapi disini, saya ingin berkongsikan satu cara yang paling mudah dan paling pasti untuk membolehkan website anda di jumpai di google dan seterusnya di simpan di dalam senarai database google.


Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024