Review Kek Red Velvet Bakers Cottage

Hi,

Pengalaman menikmati sepotong kek red velvet dari Bakers Cottage adalah suatu yang tidak dapat dilupakan. Sejak langkah pertama masuk ke dalam kedai, aroma manis dan segar dari pelbagai jenis kek menyambut kedatangan saya. Suasana yang cozy dan warm membuatkan hati terasa tenang


Red Velvet Bakers Cottage RM6.99 per slice


Ketika saya menatap kek red velvet yang dipamerkan, lapisan krim cheese putih yang lembut dan menggoda menggugat selera. Setelah memesan sepotong, saya tidak sabar untuk merasainya. Begitu pertama kali menggigitnya, saya disambut dengan kelembutan keknya yang sempurna. Teksturnya yang moist, gebu dan fluffy memberikan pengalaman yang sangat memuaskan




Rasa manis kek itu seimbang dengan sedikit masam dari cream cheese, menjadikannya sangat menyenangkan di lidah. Warna merah yang menarik dan lapisan krimnya yang melimpah memberikan kepuasan visual yang tidak tertahan ye. Setiap suapan seakan membawa saya ke dunia manis yang penuh dengan keindahan gittur ~




Selain itu, saya juga menghargai cara penyajian kek ini, dihiasi dengan sedikit serbuk red velvet crumb di atasnya, menambahkan sentuhan elegan yang menjadi daya tarikan tambahan. Dan tentunya, pasangannya yang sempurna ialah secawan kopi panas yang melengkapi rasa kek ini


Siap skali dengan kotak, kalau nak bagi hadiah bufday elok sangat!!


Secara keseluruhan, pengalaman menikmati kek red velvet di Bakers Cottage bukan hanya tentang rasa, tetapi juga tentang suasana, penghidangan, dan kenangan manis yang tercipta bersama orang tersayang. Saya pasti akan kembali lagi untuk menikmati kek ini dan mencuba hidangan lain yang ditawarkan seperti pie ayam, sausage cheese, roti, dan ayam panggang!


Tak cukup yang sliced? Boleh beli sebiji terus sesuai untuk sebarang majlis


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024