Mencuba The Chicken Rice Shop (TCRS) Nasi Ayam Tersedapp

Pada hujung minggu yang lalu, saya memutuskan untuk keluar berjalan-jalan ke AEON Mall. Perut saya sudah mula lapar selepas seharian sibuk dengan aktiviti di rumah, jadi saya terus menuju ke bahagian food court di pusat membeli-belah itu untuk mencari tempat makan.

Nasi ayam TCRS, pilihan tepat untuk makan tengah hari!

Setelah melihat-lihat, saya terpandang satu kedai yang menarik perhatian – The Chicken Rice Shop (TCRS), yang memang terkenal dengan nasi ayamnya yang sedap. Waktu tu orang ramai duk makan, kita tumpang lah sekaki


Saya terus membuat pesanan dan memilih untuk makan nasi ayam bersama air kosong. Saya memang lebih suka minum air kosong kerana ia lebih menyegarkan dan baik untuk kesihatan, mengelakkan daripada minuman manis. Saya juga meminta bahagian isi ayam sahaja, kerana itu adalah bahagian yang paling saya gemari. Tak lama selepas itu, pesanan saya pun tiba

Roasted soy sauce, enak dan menyelerakan!

Harini dah banyak minum manis so,
Air kosong, cara mudah untuk jaga kesihatan!


Bau sambal lada yang pedas dan harum minyak bawang putih segera menggoda deria bau saya. Rasa nasi ayam yang disajikan di The Chicken Rice Shop (TCRS) memang tidak mengecewakan! Ayamnya sangat lembut dan juicy, sambal lada yang pedas memberi rasa yang lebih kick, sementara minyak bawang putih memberikan aroma yang sangat menyelerakan


Ayam lembut manakala nasi wangi – semuanya ada di TCRS!


Nasi yang dimasak juga sangat enak, lembut dan cukup rasa. Harganya pula sangat berpatutan, membuatkan saya rasa puas hati kerana dapat menikmati hidangan yang lazat pada harga yang berbaloi




Cuma di TCRS, rasa nasi ayam yang tak pernah mengecewakan.


Selepas selesai makan, saya merasa lebih bertenaga dan gembira. Makan di The Chicken Rice Shop (TCRS) sememangnya pilihan yang tepat untuk menikmati nasi ayam yang sedap dan menyihatkan di tempat yang selesa. Saya pasti akan datang lagi lain kali untuk menikmati hidangan nasi ayam yang enak ini di The Chicken Rice Shop (TCRS)


Nota kaki: Post ini tidak dibayar dan menggunakan duit sendiri.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024