Lunch Spaghetti Bolognese Meatball di Menate

Hi,


Waktu lunch hour dah tiba, saya berpeluang untuk mencuba hidangan yang sangat sedap di Menate, Sunway Putra Mall. Saya memesan hidangan Spaghetti Bolognese Meatball yang terkenal di restoran ini. Apa yang lebih menarik lagi, ada potongan harga sebanyak 50% untuk hidangan ini pada waktu lunch hour itu, membuatkan pengalaman makan saya lebih berbaloi


Menate Sunway Putra Mall

Setibanya hidangan, saya terpesona dengan penampilannya yang menggugat selera. Spaghetti yang panjang dan lembut disajikan dengan sos bolognese yang kaya dengan rasa masam tomato, ditambah pula dengan meatball bulat-bulat besar yang berjus di tengahnya. Sos bolognese yang pekat dan penuh rasa tomatonya sangat sedap, dipadukan dengan taburan keju. Meatball nya juga sangat enak, terasa juicynya, dengan tomato cincang yang memberikan rasa segar dan lebih beraroma





Saya tidak dapat berhenti menikmati setiap suapan. Paduan rasa ini sangat sempurna, dan dengan potongan harga 50%, saya rasa sangat berbaloi menikmati hidangan yang begitu sedap dan memuaskan


Antara menu pasta yang lain

Semua menu pasta menyelerakan nampaknyaaa


Suasana di Menate Sunway Putra Mall juga sangat selesa dan tenang, membuatkan pengalaman makan saya lebih menyeronokkan. Saya berasa sangat puas hati dengan hidangan ini dan pastinya akan kembali lagi untuk mencuba lebih banyak menu dari Menate



Selain Menu Pasta, Menate juga terkenal dengan steak premium mereka yang dikatakan sangat lazat & super tender. Saya belum sempat mencubanya, tapi hidangan Spagetti yang saya cuba ini sudah semeriah dan sesedap ini, saya pasti akan mencuba steak premium mereka pada kunjungan yang akan datang


Bebola daging yang kenyal dan begitu tender digabungkan dengan spaghetti yang lembut menjadikan hidangan ini begitu menyelerakan


P/s: Potongan 50% untuk lunch hour 11AM-3PM sahaja dan bukan setiap hari ada. Masa promosi sahaja dan selalu ikuti Facebook mereka ya..


Selamat mencuba di Menate!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024