Hi,
Dah keluar pergi Guardian tengok ada sales murah-murah apa lagi dari jauh ku melontarr kan kaki terus masuk . Maklumlah, kalau ada jualan murah terutama BeautySales memang ramai orang akan pergi Guardian. Bukan apa waktu tu kita dapat jimat berganda kalau berbelanja apa-apa jenis skincare
Kebetulan pergi tu ada hati nak cari serum. Serum untuk hilangkan bekasan jerawat seperti kemerahan ringan dan juga si parut hitam yang menjengkelkan tau. Uols pun tak nak kan kalau lepas jerawat duk naik tapi lepastu dia tinggal parut
Wardah ni jenama dari seberang. Kira nya bagus juga lah dipasarkan disini dan memang mampu milik sangat kalau nak dibandingkan dengan jenama lain. Selain tu, rangkaian skincare Wardah ni ada banyak dari lahh skincare dan juga kosmetik
Wardah Lightening Serum Ampoule ni dah lama wehhh saya hint nak beli. Normal price tak silap RM26++ tau. Tunggu sales boleh beli banyak skit untuk simpan, dapat lahhh RM18++ tak silap aritu beli. Murahh la kan? Satu botol ni ada pump kat atas tu, 30ml jer.. boleh guna dan bertahan selama 1 bulan
Nak pakai tak perlu banyak. Just beberapa titik saja. Wardah Lightening Serum Ampoule ni memang pekat dan cukup je pakai setitik kat pipi, hidung , dagu dan dahi hehehe.. Kalau nak rawat parut, pastikan jerawat uols dah kering dah. Kalau masih ada jerawat segar bugar continue je guna rangkaian Wardah untuk kulit jerawat tuh ...
Satu hal lagi yang saya suka pasal Wardah Lightening Serum Ampoule ni dia ada kepekatan Nacinamide 10x ganda daripada botol lama. Niacinamide kan semua org dah tau bagus sangat untuk mencerahkan kulit, anti-jerawat, mencerahkan parut hitam dan sebagai pelembab
Kita-kita ni selalu juga kan mengadap gajet. Mesti anda tak tau kalau gajet tu memancarkan sinar blue-light. Lama-lama terkena pada kulit boleh rosak tau! dengan ada nya serum mcm ni ia membantu memantulkan blue-light daripada terkena kulit sehingga ke lapisan dalam
Untuk orang yang ada tona kulit tak sekata pun boleh jugakkk pakai Wardah Lightening Serum Ampoule ni, drop beberapa titiss di muka dan ratakan. Sungguh mudah! Lama kelamaan nanti anda akan dapat rasai perubahan pada kulit
My review pasal Wardah Lightening Serum :
- Seawal seminggu penggunaan 2x sehari, parut jerawat makin pudar
- Kulit lebih lembab sebelah malam dan selepas bangun tidur
- Serum ni ada bau wangi skit, lepas pakai tak bau dah
- Tidak mengalami alahan teruk sepanjang penggunaan
Serum ni saya pakai after moisturizer. Jadinya serum ni tak meruap keluar ke udara lahh sebab dah kena tapis dengan pelembab hehehe. Biar kan dia bekerja untuk kulit masa kita tidur gittuww
Di kotak katanyaa dalam masa 2 minggu sudah boleh nampak hasil. Saya pakai untuk merawat parut jerawat ringan pun dah mula nampak parut tu pudar-pudar dah.. Memang suka sangat dan berterima kasih dengan Wardah mengeluarkan serum yang mampu milik dan boleh di ulang beli banyak kali
Lepas ni nak pergi beli lagi yaa, ni pengalaman saya guna sendiri je.. dah 2 botol guna dgn jaya nyaaaa...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!