Khasiat Beef Tallow : Lemak Daging Untuk Kesihatan & Kecantikan Kulit

 Hi,

Saya pun pertama kali dengar pasal lemak daging (beef tallow) ni diproses menjadi pejal dan boleh dimakan seperti butter gituh. Sebelum ni kalau daging yang banyak lemak tak kuasa juga nak telan mesti nak buang. Kini, lemak daging berkualiti pun dah mula dijual di kedai terpilih.

Beef tallow ni lemak daging yang diekstrak dari daging lembu berkualiti untuk manfaat kesihatan tubuh badan kita. Ia merupakan lemak sihat tanpa dicampur dengan apa-apa bahan farmaseutikal lain. Kalau nak beli beef tallow ni pilih lembu yang makan rumput 100% . Lemak yang terhasilkan lebih baik serta berkualiti

Beef Tallow yang siap dipack. 100gm 

LEMAK LEMBU yg di masak dlm tempoh tertentu tanpa sebarang campuran bahan pengawet dan MSG. Tallow di hasilkan dari lemak lembu yang di beri makan  grassfeed dan makanan bijirin semulajadi.

Beef  Tallow di gunakan sebagai pengganti lemak ataupun Butter.. Dan ianya lebih berkhasiat dari butter atau marjerin dan rasanya lagi sedap. 𝗕𝗲𝗲𝗳 𝗧𝗮𝗹𝗹𝗼𝘄 kekal bentuknya pada suhu bilik…boleh disimpan berbulan-bulan tanpa rosak.

Tallow ialah pelembap yang tersangat membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Ia memperbaharui semula blok binaan kulit kita yang berkurangan akibat peningkatan  usia. Ia tidak berminyak, tidak akan menyumbat pori-pori anda, tahan lama dan 100% semulajadi. Ia menghalang kekeringan sepanjang hari dan hanya perlu digunakan sekali.

Tekstur Tallow sangat elok…seperti mentega keras dan akan cair bila dipanaskan. Boleh juga di gunakan sebagai gantian minyak masak.. Untuk di gunakan dgn steak lagik best…!!! Saya beli just nak buat sapu kat kulit sebagai pelembab je.. 

Manfaat kesihatan dengan 𝗕𝗲𝗲𝗳 𝗧𝗮𝗹𝗹𝗼𝘄 :

  • Membolehkan badan anda menyerap lebih banyak khasiat daripada makanan anda.
  • Kaya dgn vitamin A, D, E, K dan B1. 
  • Baik utk sistem saraf, tallow mengandungi choline, nutrisi yang menyokong sistem saraf. 
  • Membantu badan untuk membakar lemak, tallow merangsang pengeluaran glucagon, hormon yang memberikan signal kepada badan utk membakar lemak. 
  • Kulit lebih lembut dan anjal
  • Melindungi badan dari kerosakan disebabkan oleh radikal bebas…

Saya beli beef tallow ni dari duniadaging . Kebetulan kedai ni baru buka di kawasan saya, so saya cuba nak masuk tengok-tengok lah. Secara tak sengaja beli lah beef tallow ni. Sebelum ni pernah baca juga kebaikan beef tallow ni tapi susah nak cari kedai yang jual

Sekian~~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024