Review Ke Desa Dairy Farm Sabah Dengan Teman-Teman

Hi,

Bestnya Sabah, dapat pergi DESA DAIRY FARM J

Cuti sekolah haritu pergi mana je? Ada ni dengan kekawan yang berjauhan disatukan dalam trip yang sama. Kami terbang ke Sabah buat julung-julung kali setelah pasca pandemic melanda negara. Mula-mula tiket tu saya tempah untuk berdua. Beberapa bulan selepas tu, kebetulan Air Asia ada buat promo tiket so ada la kesempatan kawan saya yang lain ni nak ikut skali


Kalau bab berjalan memang mereka suka lah, takperlu nak kata apa lebih-lebih lagi Sabah. Semua orang suka pergi. Pergi sebab nak naik flight atau nak makan seafood atau nak shoping sampai tak cukup tangan.. ??

Sabah… negeri yang kaya raya dengan alam semulajadi. Bukan tu je, makanan kat sana pun sedap-sedap jugak hehehe. Dalam kesempatan tersebut, kami pergi tempat sejuk di Kundasang sana. Berpeluang lagi skali pergi DESA DAIRY

Bukan tujuan nak pergi tengok lembuu saja, kita nak pergi bergambar. View sana superb cantikk macam kat luar negara. Memang awesome sangat lah. Untuk ke DESA DAIRY better anda bermalam di Kundasang sekurang-kurang nya 1 malam



Hotel terlajak mewah takde la sini haha. tapi ada juga resort-resort dan homestay within budget anda yang tidak terlalu mahal untuk menginap di Kundasang. Boleh pilih kawasan yang berdekatan dengan Pekan Kundasang senang nak keluar cari makan. Walaupon Kundasang diatas bukit dan sejuk, ada je restoran KFC .. 


Pada keesokan pagi tu, baru gerak ke DESA DAIRY barulah smooth je perjalanan. Dari Kota Kinabalu ke Kundasang ni aritu kurang lebih 2 jam juga campur sesat sikit-sikit hehe. Lagipun banyak juga menyinggah dan makan-makan

Tiket masuk haritu RM5 je seorang tapi kena booking online pulak di website. Nasib baik booking awal  takde lah rushing sangat. Kalau tak booking online susah ahh skit mereka nak bajet pengunjung yang datang.. Takleh crowded sangat


Kalau datang sini tak sah laa tak makan ni aiskrim yogurt. Masam manis sedap jugakk.. Boleh request topping apa nak. Kalau nak makan pure gitu pun boleh. Bagi saya yang tak berapa suka manis ni cukup lahh perisa original saja. Hampir 2 bekas kita bedall wakkkk


Kalau nak bergambar kat sini pun berbaloi. Boleh snap gambar berlatar belakang Gunung Kinabalu dan juga rumput menghijau ni haa.. Tengok kawan-kawan saya kat atas tu,  memang very enjoyyyful sangat lah. Hampir 2 jam sedar tak sedar di DESA DAIRY FARM



Untuk kesini, parking disediakan percuma je.. Boleh la nak park mana-mana asalkan tidak block laluan orang. Tandas pun ada disediakan

Sekian review jejalan di DESA DAIRY FARM Sabah. Harapan nya dapat pergi lagi tahun akan datang!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024