Hi,
Petang mcm ni uolls buat apa? Kalau ada kuih-kuih kan bestt makan dengan air kopi pahit-pahit kelat. Kopi pure hitam tu baru lah best hehe.. Eh, skrg kalau nak buat kuih boleh guna tepung segera dah. Jenama Noraini's ni dah lama tau dalam pasaran. Baru tergerak hati nak mencuba..
Ingatkan ada 1 perisa je, rupanya ada banyak. Rambang mata kalau nak pilih, so boleh la beli semua dan buat 1 hari 1 kek. Saya prefer kek pisang. Guna tepung kek segera ni je, balik drumah add on beberapa bahan then kacau-kacau pastu boleh kukus
Kalau guna tepung bancuhan segera ni memudahkan banyak kerja kita.. Ye dak?? Boleh dikatakan semua lengkap dalam satu pek jerrr. Lagipun kita takde lah kena keluar cari satu per satu bahan-bahan asas untuk sebiji kek.. Jimat & mampu milik sangat
Kek Pisang ni sedap, nak nak pula kalau kita letak fresh pisang tu.. Ada la juga membangkit aroma kek pisang. Hiasan pisang potong atas kek yang mempesona membuatkan seseorang tak sabar nak makan.. Bau pun jiran sebelah boleh hidu hehehe
#1: Mudah
Ya. betul.. untuk membuat nya sangat mudah.. Anak-anak pun boleh tolong mix dan bake. Nak ajar anak-anak dirumah buat kek kann mudah je.. Guna premix tepung segera anak-anak tak kira dewasa mahupun kecil mesti suka sangat nak tolong mak kat dapur. Untuk pemula, tepung kek premix ni sesuai juga bagi mereka yang berminat menceburkan diri dalam dunia masakan didapur sendiri
#2: Tersangat mampu dimiliki
Jauh lebih murah tau. Untuk anggaran sebiji kek dengan berat yang tepat serta harga tak mahal. Untuk harga nya pula. biasanya premix tepung kek segera ni tidak mahal sangat. Ok ok saja harga. Macam tepung kek Noraini's ni RM2.10 je uolss... 150gm... Lagipun ia berbaloi dan mampu dimiliki oleh sesiapa saja.
#3: Rasa
Dari segi rasa pula tak banyak beza nyaa. Masih mengekalkan identiti sendiri. Contohnya, kalau premix kek coklat ofcoz ada rasa coklat, kek pisang sudah tentu bau dan rasa pisang. Dengan harga yang murah pun kita dapat kekalkan rasa asli kek.
Kalau ada kekawan nak datang rumah, ini je lahh jalan cepat nak buat hidangan untuk mereka. Alaaaa, kek ni asalkan sedap je.. Orang bukan tau kita beli kerr buat kalau tak bagitau ha3x
Itu jer lah pengalaman saya guna tepung kek Noraini's ni. Walaupun Noraini's tak bayar saya, saya sudi lah share hasil guna produk company nya. Untuk kek yang sedap, boleh je guna ya!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!