Hi, bisnes air balang memang tidak asing lagi kalau kita berkunjung ke pasar malam atau bazar ramadan. Bahkan di kawasan kelompok orang ramai seperti tepi jalan, kawasan ekspo pun ramai orang jual air balang. Untung ke jual air balang ni? Ofcoz la kann.. hehe
Perniagaan air balang kalau kena cara memang akan ada peminat setia yang tak sabar-sabar nak beli. Umpama orang kata ada follower tegar air balang yang anda jual. Best kan, sebab tak perlu nak promote bagai nak rak hehe. Resepi air balang ni subjektif hanya individu atau pemilik tersebut yang tahu
Cara bisnes air balang pula kena kreatif dan perlu dipelajari dari semasa ke semasa. Sekarang sudah canggih, informasi mudah didapati secara meluas. Untuk memulakan perniagaan air balang anda tidak perlu mengeluarkan modal puluhan ribu ringgit. Malah ada yang bermula dengan modal kecil sahaja
Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..- 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
- 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
- 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
- 2 kerusi : RM 10-RM20
- 1 alas meja : RM30-RM40
- 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
- 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
- 1 unit bekas air gula: RM5-10
- 1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8(Per pack )
- Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
- 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
- 1 dozen Straw: RM 5-6
- Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)
Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM1,000
Boleh ambil kisah kejayaan penjual air balang dibawah. artikel dipetik daripada sinarharian online:
Nik Ayuani Nik Amat, 32, berjaya menambat selera hingga tidak menang tangan apabila gerai kecilnya yang terletak di tepi jalan ‘diserbu’ pelanggan
Peminat buah ‘kayangan’ itu sanggup beratur lebih awal sepanjang lebih 100 meter walaupun operasi perniagaan hanya bermula pada jam 5 petang
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!