Hai,
Makan-makan hujung minggu kali ini kita menerjah ke restoran Sushi King. Heww! Kita redeem baucer Shopee kebetulan masa tu Sushi King buat promosi. Kalau nak dibandingkan harga di kedai secara walk in memang nyata berbeza dan menjimatkan! Pestimee jugak pi Sushi King ~~
Kenapa bayar lebih sedangkan ada yang jimat? ye dakkk hehehe
Bagi yang suka makan Sushi, boleh datang mana-mana outlet Sushi King berdekatan yukk. Kalau nak datang tu bawa la kekawan atau adik beradik. Hehehe.. Boleh minta dibelanja skali hahaha .. Meriah datang ramai-ramai dan ambil tempat duduk kita-kita aja~
Kebetulan pergi haritu orang tak ramai sangat. Dapatla tempat duduk. Kalau ramai kena beratur tunggu turn. Aduhh! Hujung minggu biasa nya orang keluar lepak memang ramai juga. So, decide la nak pergi tu tidak bersesak-sesak sangat ya,...
Sempat la snap skit2 menu-menu nya.
Kerlas kauu~~ nak amik order pun tekan-tekan je
Ini adalah set Bento yang saya order. Ada nasi jepun, udang tempura, daging dan miso sup
Agak kenyang juga. Mungkin nasi dia tu agak mampat dan mudah kenyang
Bagi customer yang nak tengok menu, boleh je .. Ada disediakan buku menu yang memikat selera ha3x
Ouh, ini satu lagi saya order. Donburi. Nasi dan daging masak kicap ke? Entah laa.. tapi sedap juga. tak ada miso sup. memang camni ker orang Jepun makan? terasa bagaikan di Jepun #ehh
Yang ni duk gerak2 berpusing-pusing atas trolley tu. Kalau nak makan ambil saja. Tak perlu order. Harga adalah mengikut warna pinggang
Yang ni pinggang pink
ini purple plate
lagi... buku menu, bnyak menu ada
Saje-saje tekan, order now~
Last but not least, ini bukan air tebuu ya. Ini green tea kesukaan saya. Refill tu dia bawa jug besar trus. Tawar-tawar pahit manja ok la, boleh minum
Sekian segmen terjah Sushi King
Ada duit boleh pergi pula ha3x
Anda pernah makan di Sushi King? Komen dibawah. Saya baca ya~
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!