Hi,
Pernah guna tisu muka untuk buang kulit mati di muka dan sekitar leher? Haa, walaupun hari - hari kita cuci muka, adakala ada juga sisa sisa kulit mati belum dibuang sepenuhnya..
Jadi, nya tugas tisu muka khas yee untuk buang kulit mati dan juga sisa solekan
satu kotak ada 100 pcs, harga sekotak masa promosi RM4.88
Pilihan saya jenama Guardian je.. Murah pun murahhh dan berkualiti.. Ini yang kita cari. hehe. Jenama lain belum pernah cuba lagi
Kalau uolls kan pakai toner pun elok je guna Guardian Cotton Facial Tisu ni ye. Tititiskan toner then tekap dimuka secara lembut ya. Jangan lupa, lepas guna boleh buang, jgn simpan. Esok nak guna ambil yang lain pula
Guardian Cotton Facial Square terhasil daripada 100% bulu kapas tulen bersih dan lembutt selembut kulit bayi. Ia sangat lembut sehinggakan anda tak rasa pun bulu-bulu kapas melekat pada kulit anda. Sesuai untuk kegunaan harian dalam solekan, penjagaan diri dan penjagaan bayi
Orang kata la, kalau kulit kering ni mudah berlaku longgokan sel kulit mati. Memang kita tak nampak dengan mata kasar. Jadi, membersih kulit jenis kering memerlukan usaha lebih skit. Guna tissu ni beserta micellar water
Bagi mereka yang guna Micellar Water juga disarankan guna facial tisu ni. Solekan dan kekotoran dimuka mudah dibersihkan. Lepas uolls lapp muka, mesti akan nampak habuk-habuk dan kekotoran di muka bersepah-sepah melekat pada facial cotton tisu
Sekian
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!