Meredah Ke Pulau Jerejak (Penang)

 Hi,

Pernah dengar Pulau Jerejak? Alang-alang jejalan ke Penang boleh singgah kalau berkesempatan kerana perjalanan ke pulau ini mengambil masa kira-kira 10minit menaiki boat. Boat sini saiz besar macam feri dan ada tempat duduk.

Kos untuk berkunjung ke pulau ini RM20 sekali bayar untuk tiket boat pergi dan pulang. Cuma nya anda kena alert lah dengan jadual pergerakan boat. Bagi saya ok juga, jeti pun bersih dan terurus serta ada kemudahan untuk tetamu yang hadir ke sana


Tiket tu jangan dibuang kerana anda boleh redeem air minuman free di cafe nya. Asyik sambil makan dan minum air bertiup-tiup tanpa henti membuatkan selera makan bertambah gituhh. Ya, cafenya ada jual makanan dan minuman tapi harga standard tempat peranginan lah ye


Di pulau, anda boleh menikmati suasana yang menenangkan dan juga banyak juga spot menarik untuk anda bergambar sebagai kenangan. Boleh posing bergaya ikut kreativiti masing-masing lah ye. 

Nak tak nak je sebab kena berjalan-jalan untuk pusing pulau. Kalau nak sewa basikal pun boleh dengan bayaran RM5 sahaja

Oh, di pulau ni ada resort. Nama resort, Jerejak Island Resort tapi saya tidak pasti harga semalaman berapa dan kemudahan di resort pun ada banyak juga termasuk restoran. 

Kami sempat jejalan sajaa di kawasan resort berkenaan. Kalau anda nak menginap disini pun boleh

Okay, itu sajalah dapat saya share. Saya dah pun pergi kesana pada 14 July 2020 dengan kawan-kawan saya semua ... Kami bertolak pagi jam 8 dan meluangkan masa hampir beberapa jam sebelum balik dan lunchh di Suzana Nasi Campur

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024