Hai,
Bosan- bosan kan boleh la pergi melancong musim PKPP ni baru boleh bergerak. Asyik dirumah terperap kekadang kan boring juga. Buat masa sekarang hanya melancong dalam negara je boleh. Tapi tak apa, itu pun dah cukup bahagia. Kami buat la trip jejalan Langkawi hehehe
Tak tau laa, memang firasat orang datang Langkawi ni kena beli coklat. Memang pun kami terjebakk nak beli coklat. Tanpa membuang masa kami pergi Haji Ismail Group (HIG). Kompleks ni di Kuah dan ia bangunan besar seperti mall, dalam tu penuh dengan coklat. Harga tak ada lah murah sampai berlipat ganda tapi ada lah kurang dua tiga ringgit begitu. Nak murah kena buka kilang sendiri lah ye hehehe..
Kalau sesat pun, memang setiap lorong penuh dengan coklat hehehe. Dalam ni memang meriah sangat, orang tak payah cerita. Sangat ramai dan masing-masing memang penuh troli sopink coklat. Pelbagai jenis coklat ada tak kira dimport dari luar negara dan juga jenama tempatan
Jenis yang suka sopink periuk atau bekas makanan vantage pun ada juga tempoh hari. Kami tak beli lah sebab nak bawa balik ofcoz berkecai sampai rumah sebab naik flight. So, kami just beli coklat, minyak gamat dan cenderahati je
Kedai ni agak terkenal, kalau uolss search tempat makan menarik mesti nama Kak Yan pun termasuk dalam senarai. Pertama kali datang memang meriahh. Kedai dia menghadap sawah padi dan di kawasan lapang. Lauk pauk tak usah cerita, dari hujung meja sampai lah habis meja penuh je juadah yang lazat dan memikat selera
Bab makan ni semua orang suka lah kan. Harga disini boleh dikira berpatutan dan sesuai dengan budget harian. Yang datang dengan keluarga pun ramai bahkan pelancong asing pun turut serta. Dia orang nak makan masakan melayu kot. Air manis memang berbayar la cuma air kosong je free. Kalau uols datang Langkawi boleh singgah sini untuk lunch. Contoh menu dibawah, nasi + ikan bakar tu RM6 je pun kalau add on lauk lain bertambah la skit harga. Camtu laaa
Kami repeat 2x makan disini, semua kekawan happy je kann. Lain kali, kalau datang Langkawi kami nak pergi lagi KAK YAN NASI CAMPUR
Aktiviti pagi tu kami pergi Island Hopping. Eh, rupanya beli sana pakej Island Hopping agak murah daripada beli online. Beza harga tu ada la. Pakej ni kami ambil direct dengan hotel dan pihak hotel yang susun semua perjalanan kami. Pick up dan drop off pun di hotel juga
Aktiviti Island hopping memakan masa 4 jam dan kami dibawa ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding. Kira ok laa dan seronok juga laa sambil menikmati pemandangan pulau-pulau yang indah dimata
Aktiviti di Tasik Dayang Bunting seperti kayak, paddle boat tu memang berbayar. Oh, kat sana kalau nak mandi manda memang wajib pakai life jaket dan kena sewa. Tak ada life jaket diaorg tak bagi turun. Tapi boleh je jejalan atas jeti tengok orang main air huhu
Lagi satu, untuk orang berusia tak digalakkan pergi sebab nak sampai ke tasik tu kena panjat/mendaki skit. Pastu turun batu batuan yang curam lagi-lagi dikacau kera liar mencuri makanan. haha .
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!