Review Maybelline Micellar Water

Hi,

Buat pencinta kecantikkan, anda dah cuba Miceller Water? Bukan toner lah tapi Micellar Water ni guna nak cuci muka bagi bersih-bersih dari sisa kotoran gitu. Saya nak cerita pasal Maybelline Micellar Water. Baru beli dan baru guna.. Guardian ada buat sale murah dan jimat

Micellar Water yang saya dengar ni luar biasa skit sebab ia berupaya menarik kesan kotoran dimuka semasa kita tenyeh manja dengan kapas muka sewaktu membersih muka. Kotoran seperti debu, sisa solekan, sel kulit mati, habuk halus pun boleh dicuci dengan menggunakan Micellar Water. Pilihan saya nak cuba minggu ini Maybelline Micellar Water



Maybelline Micellar Water ni kan produk internasional. Betul tak? So, kebanyakkan pompuan di Malaysia memang dah kenal sangat dengan jenama ni. Saya pun baru je nak cuba maklumla kulit kita jenis berminyak dan ada jerawat sikit-sikit ni. Penjagaan perlu rapi lah skit..


Berdasarkan apa yang saya duk perati, Maybelline Micellar Water ni seperti berikut :
  • Air nya jernih, takde minyak ke ape ke
  • Tidak berbau wangi
  • Tidak melekat/sticky
  • Katanya di label tiada alkohol
  • Sesuai untuk semua kulit
Kalau nak jimat skit boleh beli botol besar 400ml. Lagipun botol kecil pun ada juga. Mana-mana lah ikut kesuaian poket masing-masing. Ni saya beli masa Guardian ada jualan murah untuk produk Maybelline

Dapat separuh harga tau!


Ok, di botol katanya tak bilas pun takpe sebab ia boleh bertindak sebagai toner juga. Jimat juga duit untuk toner. Kalau nak bawa pergi travel ke mana-mana sesuai juga ni. Tak payah bersusun-susun barang lain. Ok!


Cara guna kita bagitau la,  Langkah-demi-Langkah Menggunakan Maybelline Micellar Water
  1. Tuangkan beberapa titis air micellar keatas pad kapas.
  2. Tekan pad kapas pada muka, mata, atau bibir selama beberapa saat.
  3. Leretkan pad kapas untuk menanggalkan solekan.
  4. Uols, gosok lemah lembut je untuk menghapus semua kesan solek dan kotoran
Untuk lelaki pun sesuai guna juga, memang kita tidak bersolek tapi ini persediaan untuk membersihkan muka dari kotoran. Lebih-lebih lagi wanita kena guna yang selalu bersolek. Nak guna setiap hari pun boleh, pasti flawless lagi hehe


Last, adakah ia menjadi pilihan saya? YES!!

Post ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak, sekadar berkongsi sahaja. Sekian

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024