Jejalan Cari Makan Di IKEA

Hi,

Pernah pergi IKEA ? Kalau ingat perabut mesti nak pergi IKEA kan. Tapi kali ni saya kesana bukan untuk beli perabut tetapi nak tengok sendiri kemeriahan restoran IKEA yang ada menu-menu Swedish yang popular orang Malaysia selalu makan, meatball !!


Wah, pergi jejalan IKEA ni tak sah kalau tak masuk tempat makan kan. Kat situ selalu ramai orang sebab semua nya rata-rata berkerumun nak beli meatball. Tapi makanan lain pun ada juga dijual seperti pasta, chicken wing, pencuci mulut dan juga nasi lemak kalau uolls datang pagi.

Seperti biasa, order mesti ada Meatball. Untuk 20pcs meatball tu harga dalam belasan ringgit juga la. Bebola daging IKEA dihidang bersama dengan kentang putar, jem dan sos lada hitam. Satu plate tu kalau nak share lagi ok. Jangan makan sesorang. Nanti tak habis dan cepat muak. Nak merasa elok lah satu kali dalam setahun hahaha

Ini antara makanan yang sempat saya snap turut dijual di IKEA,








Buat anda yang mahu pergi IKEA pada hujung minggu akan mengalami kesesakan skit lah sebab orang ramai kan.. Lagi satu, nak makan kat sini kita kena beratur ikut palang besi dan ambil troli untuk letak makanan yang uolls nak... Kat situ ada staff IKEA yang tolong ambilkan makanan

Kalau tengok, semua nak makan. Semua sedap.. Haruslah beringat juga untuk menjaga perut supaya tak kenyang tak larat pula nak jejalan. Lepas makan jangan balik lagi, pergi la cuci mata tengok perabut dan kelengkapan dapur/rumah hehe

IKEA yang saya pergi ni nama nya IKEA Cheras. Sebelah MyTown je dan nak kesini naik train pun boleh. Kena turun di stesen Cochren MRT punya stesen tau. Pastu jalan je tapi agak penat dan jauh skit lah.. Laluan pejalan kaki berbumbung dan ada econ tak perlu risau apa kan





Kalau anda nak tapau makanan tak habis, IKEA tak sediakan plastik. Katanya kena mesra alam skit. Sebaliknya anda kena beli bekas plastik mcm tapauware gitu, RM3.. Kalau nak beli barang di IKEA pun anda kena beli plastik bag ala-ala guni gitu

Sekian trip jejalan IKEA dan akan pergi. Kena menabung lah dulu kan.. hehe


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024