Hai,
Pernah guna LipBalm? Apa ciri-ciri lipbalm kesukaan uolls sebelum beli??
Biasa la kan kalau bibir dah kering semestinya kita akan cuba cari produk yang sesuai untuk dioleskan pada bibir agar kelihatan lembab dan tidak merekah..
Ini cara packaging produk Palmer's Cocoa Butter Lip Balm.. Berat 4gm dan stick nya kecil aja, boleh muat dalam beg
Nak bawa pergi travel pun elok ni.. Boleh pakai dalam flight jenis masa penerbangan berjam jam lama kann
Ini rupa stick Palmer's Cocoa Butter Lip Balm.. Warna gelap skit dan bau seperti koko. Rasa macam nak gigit je haha
Palmer's Cocoa Butter Lip Balm tidak berwarna once uols oleskan kat bibir. Bukan seperti gincu ya. Jadi sesiapa boleh pakai lelaki atau perempuan
Stick tu keluar bukan jenis kebanyakkan lipbalm lain iaitu bentuk bulat.. Palmer's Cocoa Butter Lip Balm ni berbeza skit stick nya agak leper mcm gambar diatas
Bahan-bahan utama dalam ni SPF 15 Sunscreen and Cocoa Butter, Vitamin E
Ini penerangan pasal produk Palmer's Cocoa Butter Lip Balm. Korang nampak nak baca ke? Boleh kunjungi Guardian kalau nak lihat lebih dekat.
Produk ni kualiti bagus, Made in USA
Harga satu stick dalam belas ringgit bukan promosi.. tapi masa saya beli hari tu murah je bawah seploh ringgit.. Dah nak cuba memandangkan yang ada nak habis. Dari segi harga ok la, not bad dan mampu milik. Sesiapa sahaja boleh beli he he he..
Tekstur dia lepas uols dah oleskan kat bibir sedikit melekit,, rasa macam ada bendasing atas kulit bibir.. Umpama minyak diatas kulit. Tapi biarkan aja, lama-lama pakai dia hilang lah. Lagipun minyak digunakan dalam ni dari minyak sawit dan campuran minyak lain juga
Ada protection SPF15. Bibir nampak soft dan lembab. Boleh keluar rumah pastikan anda oleskan dulu ya nak bagi protection kat bibir supaya tak kusam dan hitam. Selalu pakai nanti nampak lah hasilnya walaupun lambat skit
Sekian review pengalaman guna Palmer's Cocoa Butter Lip Balm . Ini bukan artikel tajaan ya..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!