Cosmoderm Buat Sales

Hai,

Ada yang guna Cosmoderm pencuci muka disini? Saya dah lama pakai jenama ni sejak 5 tahun lepas dan tidak pernah bertukar jenama lain. Rangkaian Cosmoderm saya hanya guna pencuci muka sahaja. Keluaran Cosmoderm yang lain saya belum mencuba nya lagi

Promosi di website Cosmoderm 40% tau, susah nak dapat semurah ini

Sempena Cosmoderm buat jualan murah kira sale, saya terus beli Cosmoderm TTO ini sebagai stok untuk beberapa bulan. Memang harga yang ditawarkan cukup berbaloi dan agak mampu milik lagi berbanding anda beli diluar

Sejak saya menggunakan Cosmoderm TTO ini, saya rasa muka agak kurang berminyak dan lagi penting isian untuk satu tiub boleh bertahan selama 1 bulan setengah jika guna banyak dan 2 bulan jika anda guna sebesar saiz kacang pea. Satu tiub 125ml sahaja

Didalam ramuan pencuci muka itu, memang pun diletakkan minyak Tea Tree untuk mengawal jerawat dan kulit berminyak pada muka. Kalau anda cium bau green tea yang wangi. Tesktur krim pun lembut dan berwarna putih

Selain itu, produk Cosmoderm juga turut dijual di Guardian. Kekadang Guardian pun ada buat sales untuk pelanggan nya. Harga normal untuk 125ml satu tiub itu ialah RM15.90. Tapi kalau promosi kekadang boleh dapat dengan harga RM12-13++ tau!

Pencuci muka Cosmoderm mencuci kulit dengan lembut dan mendalam tanpa mengeringkan kulit

• Membersih wajah daripada minyak dan debu
• Membersih pori tersumbat dan mengawal minyak untuk kecutkan jerawat
• Pelbagai manfaat untuk membantu kulit berminyak
• Tidak menutup pori atau menyebabkan alahan
• Sesuai untuk lelaki dan wanita

Cara guna pun mudah,

Picit sedikit Pembersih Muka Cosmoderm Tea Tree di atas tapak tangan yang basah dan gosok sehingga berbuih. Urut ke seluruh muka yang basah dan bilas dengan air

Lagipun, keluaran Cosmoderm ni Halal dan 100% milik penuh Bumiputra. Guna tanpa was-was!

Post ini tidak dibayar oleh Cosmoderm dan review saya sendiri saje2 nk tulis.. Ada yang dah cuba?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024