Hai,
Bulan puasa best kan ada pencuci mulut lagi meriah dihidangkan pencuci mulut buat sendiri. Bukan apa, buat sendiri lebih jimat duit dan boleh makan satu keluarga. Bagi penggemar pencuci mulut elok je buat sendiri untuk makan anak beranak, ye tak??
Ada sesetengah orang suka ke bazar ramadhan mencari pencuci mulut. Ofcoz kat sana boleh buat anda rambang mata dan terbeli apa yang tak patut. Kini, saya kongsikan resepi puding roti ringkas dan senang disediakan
Belum keras lagi, kena simpan dalam peti ais
Bahan-bahan cukup simple.. Boleh dapat di kedai runcit dan juga pasaraya berdekatan. Antara nya roti, telur, agar-agar serbuk/tali, susu cair, susu pekat. Mudah kan bahan-bahan nya. Masa nak membuat pun tidak lama
Bahan-bahan puding roti yang diperlukan seperti berikut :
- 1paket agar-agar tali 12gm, atau serbuk 12gm pun ada jual
- 1tin susu cair
- 1/2 tin susu pekat (kalau tak nak letak pun takapa)
- 2biji telur ayam saiz sederhana
- 12keping roti (dicarik kasar)
- 5sudu gula
- Pewarna hijau, dan merah
Selesai dipotong kecik2 dan sesuai dihidangkan semasa berbuka puasa
Cara nak buat puding roti pun mudah. Jom kita ke langkah seterusnya dalam segmen cara membuat seperti berikut :
1. Agar-agar tali tu basuh dulu. Rendam 10minit bagi lembut dan tapis
2. Selepas tu, anda kena rebus agar-agar tali tu sampai hancur.
3. Wajib blend : roti, telur, susu cair, gula sampai lumat dan hancur kira-kira begitu lah
4. Selepas blend, masukkan dalam rebusan agar-agar tali tu. Pastikan agar-agar dah hancur
5. Kacau sehingga sedikit pekat
6. Bahagikan 2 bahagian . Satu warna hijau, satu warna sirap ros dan satu lagi warna asal nya
7. Tuangkan dalam lonyang satu persatu silih berganti warna tau
8. Tuang sampai habis, dan sejukkan dalam peti ais
p/s: Agar-agar tali boleh gantikan dengan agar-agar serbuk tanpa perisa dan pewarna
p/s/s: Air takperlu banyak. Dalam 3-4 cawan je lebih kurang 500ml
Setelah siap, kita potong mcm ni. Menarik!
Lepas siap, jangan lupa hulur kat jiran sebelah. Mesti jiran sebelah suka kann hehe. Pastu kongsikan resepi ni nanti. hehe
Itu sahaja resepi ringkas puding roti versi makan sendiri-sendiri je. Kalau ada masa saya tulis resepi lain pula yaa..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!