Hai,
Kalau rasa nak makan ayam mesti pergi KFC kan, burger pula mesti terlintas MCD. Macam mana kalau rasa nak makan menu berasaskan ikan, sebabtu kita kena pergi Manhattan Fish Market. Nama pun dah macam international
Untuk pengetahuan Manhattan ni berasal dari Malaysia dan kini melebarkan sayap perniagaan ke 72 restoran di Asia dan Timur Tengah termasuk Singapore, Malaysia, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Myanmar, Oman, Japan, Bangladesh, Qatar, United Arab Emirates, Brunei and Maldives
Pengalaman makan ikan dory di Manhattan Fish Market sempena promosi
Harga promosi serendah RM10 sahaja
Sangat lumayan dan bagus apabila Manhattan Fish Market nie kalau dia buat promosi. Pantang ada offer je mesti saya nak pergi makan bersama kawan-kawan. Lagipun, ikan yang disajikan ni bukan calang-calang tau! Boleh dikatakan ikan jenis import dan tak ada dibela di Malaysia hehehe..
Portion untuk seorang makan dengan harga yang ditawarkan murah berbaloi-baloi. Memang mengenyangkan walaupun set ni tak ada nasi. Kepingan ikan dory yang tebal disalut sos lada hitam dan coslow serta ada la skit sayur brokoli tu pun dah memadai untuk saya
Kita order 2 jenis menu ikan dory, ikan lain tak cuba lagi..
nie jenis grill.. Ada kentang putar, brokoli dan carrot serta ikan dory
nie jenis goreng salut tepung.. Ada kentang, salad, sos. ikan dory tu dia bagi 2 keping
Ikan dory tak ada tulang.. Terus kunyah je masuk mulut. So, selamat lah untuk budak-budak dan juga warga emas. Kepingan isi ikan pun lembut dan mudah nak cucuk dengan garfu. Mabelles sangat2 tau..
Masa promosi mcm ni la kita serbu kan. Nak pula hari promosi jatuh hujung minggu jadinya ada masa kami berjalan-jalan ke shopping mall dan ternampak Manhattan Fish Market punya restoran. Apa lagi kan benda dah ada depan mata terus masuk..
Air ni boleh refill.. skali bayar je lepastu nak refill percuma. Ada 2 perisa iaitu teh lemon ais dan juga pepsi. Kami ambil teh lemon jerr ! Semua tak nak minum air berkarbonat so decide ambil teh ais yang sedappp ni. Beli set dory tu add on air!
Kami makan di restoran Manhattan Fish Market dalam Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, KL. Masa pergi ni tak ada orang bersesak pun. Kalau anda berdekatan boleh je nak pergi makan disini. Tunggu order pun cepat juga. Lokasi kedai Manhattan Fish Market ni berdepan betul-betul dengan kedai AEON tu haa..
Overall, rasa fish dory grill sedap dan tak jemu. Kalau yang goreng tu crunchy je diluar dan jangan makan bnyk2 nnti cepat muak. Bagi saya suka kan grill daripada goreng tu.. Itu je nak bagitau pasal Manhattan, nanti jumpa lagi ya..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!