Hai pembaca yang saya kasihi,
Macam biasa la kan kalau tiba malam hari tapi mood memasak tu kelaut tetiba ada Mee Cintan Perisa Kari buat anda tak jadi nak lapar. Mee Cintan ni sebenarnya sudah lama dalam pasaran cuma saya baru nak cuba je hahaha
Sebelum ni takpernah beli. Kalau jejalan dalam pasaraya memang banyak kan jenama bersusun diatas rak. Yang mana selalu makan itu lah yang dibeli ye dakk? Jom kita cuba Mee Cintan Perisa Kari. Nampak seperti pembukusan edisi baru berbanding beberapa tahun yang lepas
Untuk pengetahuan anda, Mee Cintan ni ada perisa lain juga seperti tomyam, asam laksa, seafood, ayam dan banyak lagi
Pilihan saya kari, memang lidah kita suka kari ada bau rempah dia wangi dan kalau kena gaya masak memang sedap! Nak pula jenis suka pedas boleh tambah cabai merah tu. Merah muka wehh nak menghabis kan :)
Setiap pek macam ni ada 5x76g isi dalam
Mee Cintan pun dah setanding dengan jenama terkenal mee segera yang lain tau. Katanya jenama ni dah bermula pada tahun 1969 dan ia merupakan mee segera pertama diperkenalkan di Malaysia. Info nie saya baca di website dia lah..
Lagipun, mee ni saya suka makan sebab tekstur bersifat kenyal dan lebih enak. Cerita pasal enak ni rasa terliur sangat nak masak mee cintan yang saya dah beli tempoh hari. Nak masak pun mudah, mee segera ni sekali dia dah lembut terus tutup api dapur
Cara memasak mee cintan resepi cepat masak, cepat boleh makan. Mee sebungkus, bawang merah 1 ulas dan 1 ulas bawang putih, sayur, ayam seketul, telur sebiji, lada racik halus.
Panaskan 2 sudu minyak, tumiskan bawang tu semua, masukkan ayam, pastu perencah mee. Kemudian, air 2 gelas 360ml diikuti sayur dan telur. Last masukkan mee! Biar dia mendidih dan mee mulai lembut, angkat
Panaskan 2 sudu minyak, tumiskan bawang tu semua, masukkan ayam, pastu perencah mee. Kemudian, air 2 gelas 360ml diikuti sayur dan telur. Last masukkan mee! Biar dia mendidih dan mee mulai lembut, angkat
Ini lah rupa mee cintan perisa kari gaya asrama . Macam ni pun layan habis dahh!
Kalau lama sangat dibiarkan atas api panas nanti mee cintan uolls ni kembang dan rasa tak berapa nak sedap. Mood makan dah mula luntur hahaha .
Masak dalam beberapa minit dan mee cintan ni letak last step... Biarkan ia menggelegak seketika dan tutup api. Sejukkan dalam mangkuk!
Masak dalam beberapa minit dan mee cintan ni letak last step... Biarkan ia menggelegak seketika dan tutup api. Sejukkan dalam mangkuk!
Ada kebarangkalian betul mee cintan segera ni adalah pertama kali diperkenalkan di Malaysia dan masih bertahan sehingga hari ni. Mesti ramai kan peminat jenama CINTAN ni kan. Mee cintan kini dengan perisa diperbaharui dan anda pasti ingin mencuba nyaaaa
Mee Cintan segera lebih enak dan lebih kenyal! Cubalah hari ini ..
Ini pendapat saya yang dah cuba. Mee Cintan tak tau pun saya tulis entry ni
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!