Berkunjung Ke Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2019

Hai,

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa bagi tahun 2019 dah melabuhkan tirainya. Seperti biasa saya dan kawan saya berkesempatan pergi pada malam tersebut untuk mendengar sendiri bacaan ayat suci Al Quran oleh para qari dan qariah bertanding

Nie pertama kali tau saya kesana. Sebelum ni tak pernah lagi pergi mana-mana majlis tilawah alquran ni. Tanpa merancang untuk pergi pun tetiba kawan saya ada bagitau majlis tilawah ni diadakan di KL Convention Centre.

Jadi, saya disana berkesempatan untuk menerjah gituu. Kena rasa sendiri pengalaman depan mata. Sebelum ni kita asyik tengok dalam TV je kan..

Pantang jumpa banner jer kita selfie ramai2


Suasana dalam auditorium tu sangat memukau dan ramai juga tetamu lain yang datang untuk menyaksikan sendiri bacaan peserta bertanding. Ramai juga yang datang dari jauh siap sewa bas lagi. Bersemangat kan, maklumlah ada persatuan sendiri di kampung boleh datang beramai-ramai ..

Oh, pasti ada yang bertanya. Nak masuk kena bayar ker? Takk.. PERCUMA sahaja. Siapa cepat dia dapat sebab terhad kepada kerusi yang ada. Benda free biasanya ramai yang datang. Kalau boleh kena datang awal. Untuk tahun 2020, kita tunggu dan lihat kat mana majlis nie diadakan lagi..

ini pun contoh-contoh tulisan alquran guna tangan

Ini contoh replika pentas bagi tahun sebelum ini. Wow! hebat nyaa. Siap buat replika lagi. Jom cuci mata tengok dibawah ni :





ini tahun ni punya, 2019. sama sebijik wehh dengan real pnyaa gituu


Sempat lagi kawan saya bergambar .. ramai nak bergambar kat sini buat background

Suasana dalam auditorium. sangat luas dan sejuk lah jugakk

gambar pentass lagi..qari dan qariah duduk kat tengah tu haa.. Cantik kann

Selfie jappp sebelum balik, senyumlah skit

Dapatlah juga saya hadir untuk 2 malam. Termasuk malam akhir dan pengumuman nama-nama pemenang. Gembira lah kan juara kali ni pun dari Malaysia. Tahniah!

Kalau lah tahun depan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2020 masih di buat di KL. Saya rasa nak pergi lagi.. Tak puas pun nak dengar! Semoga berjumpa lagi tahun hadapan

Thats all pengalaman kita pergi Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2019 .. Kalau youols ada ruang dan peluang boleh pergi sesama okay!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024