Hai,
Dah cuba ke makan mee kolok?
Kalau bertandang ke Sarawak tak sah kan tak cuba dan cari mee kolok. Memang la tak dinafikan kalau nak cari mee kolok asli ternyata skali banyak di Sarawak . Dah pun asalnya disana mee kolok kan. Bagi kami yang julung kali sampai kesana of course lah nak rasa dan cuba mana yang sedap
Ternyata, semua nampak sedap. Kebanyakkan kedai makan di Sarawak memang menyediakan mee kolok. Pasti akan ada tak kira lahh di pasar malam ke, warung kecil ke, restoran ke mahupun kedai makan besar. Ini dinamakan signature jika anda berkunjung ke Sarawak. Mee Kolok saya dah cuba di beberapa lokasi kedai di Sarawak memang sedap .
Bukan tu je, malah mengenyangkan. Kan kita nak jejalan kesana kemari tak bawa bekal banyak. Selepas makan semangkuk Mee Kolok sudah berupaya memberi tenaga. Harga pun tidak lah mahal sangat sekitar RM4 biasa dan RM7-8 ringgit kalau special. Mee Kolok biasanya dimakan dengan sup daging dan kalau anda request yang special punya dia bagi lah sup tulang takpun daging lebih ke kann..
Ini antara contoh mee kolok yang saya cuba di Mom's Petanak Laksa. Ingatkan ada laksa je rupanya macam-macam menu kalau anda berkunjung ke restoran ini.
Sekitar Kuching majoriti penjual mee kolok Muslim. Jadi, mudah la kami mencarinya, lagi satu ye.. Mee Kolok bukan maggi.. Mee Kolok lain dia punya tekstur ye. Kena cuba baru tau!
Cuba lagi.. mee kolok di pasar malam
Sebelum pulang, tak lupa juga kita beli lah mee kolok kering. Boleh lah nak masak-masak dirumah tatkala rindu mee kolok Sarawak kan. Kalau dilihat resepinya tidak lah sesukar mana. Oh, mee kolok kering ni anda perlu rebus sampai empuk dan toskan. Selepas tu, boleh la makan dengan sup daging ketika perut lapar. ahakkss!!
Secara keseluruhan, saya suka sangat makan mee kolok Sarawak. Dengan mee yang kenyal disiram dengan sup yang panas fuhh dicurah pulak sambal kicap/lada sudah lengkap menaikkan selera makan. hahaha. Kalau ada semangkuk confirm habis tak tinggal satu pun!
Cubalah hari ini!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!