Macam Mana Berniaga di Platform Shopee

Hai,

Mungkin ramai yang sudah mengenali Shopee, alahh tempat membeli belah online tu. Katanya ramai orang suka shopping di Shopee sebab harga yang ditawarkan murah.

Suatu ketika dahulu ramai orang hanya membeli sahaja di Shopee, Kini sudah ramai yang menjual barang di Shopee. Anda dah ada kedai Shopee?

Rata - rata peniaga di Shopee terdiri daripada pemborong, peruncit dan lebih ramai juga yang bergerak secara dropship.

Mereka tidak menyimpan barang malah mereka cuma promosikan barang daripada pembekal. Saya pun suka kaedah dropship je sebab tak perlu pegang stok.

Mungkin anda juga pernah beli barang di Shopee tu! Tapi, rugilah kalau asyik keluar duit sahaja bila masuk dan guna apps Shopee tu! Apa kata kita tukar dan buat duit pula dengan apps Shopee tu ?  Caranya... Dengan kita jual barang dan jadi peniaga pula disitu!

Shopee ni lebih kurang sama je macam ebay, lelong dan juga lazada. Ia sebuah website marketplace! Iaitu tempat orang ramai boleh menjual dan membeli barang!

Kalau nak cerita apa yang best jual barang kat shopee ni! Memang banyak sangat kelebihan dan keistimewaannya!

Lebih-lebih lagi kalau sebelum ini, anda pernah menjual di FB atau Instagram serta menggunakan Whatsapp untuk Close Sale! Memang leceh sikit kalau guna cara tu!

Nak kena layan satu-satu customer untuk dapatkan sale!
Tapi kat Shopee, proses jualan itu jadi lebih mudah!
Tak perlu dah nak layan satu demi satu customer!

Tidak seperti di Facebook atau Instagram.

Di Facebook & Instagram.. kebanyakkan orang.. buka/ masuk apps tersebut adalah untuk bersosial sahaja! Cuma segelintir kecil je yang masuk ke FB & Instagram untuk cari dan beli barang!

Sebab tu kalau nak jual barang kat FB & Insta payah sikit.. nak kena pujuk dan belai dulu customer kat whatsapp.. barulah mereka akan beli!

Eh! Banyak lagilah kelebihan berniaga di Shopee ini!
Kalau nak tahu lebih details pasal kelebihan berniaga di Shopee ni tuan/puan boleh KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024