Hai,
Normal la kan kalau kulit berminyak dan berjerawat memerlukan penjagaan wajah yang rapi serta pemilihan produk yang bersesuaian dengan kulit muka. Salah pakai produk boleh merosakkan sel kulit dan kesan sampingan akan timbul ..
Rujuk website Guardian Malaysia, Klik Sini
Untuk segmen kali ini, saya nak review pengalaman menggunakan Nivea Micellar Water . Nivea mengeluarkan beberapa jenis Micellar Water tapi saya nak fokuskan Nivea Acne Oil Control Micellar Water ye.. Khas untuk muka berminyak dan ada jerawat ..
Kegunaan Nivea Micellar Water adalah untuk membersihkan muka dari kekotoran make up selain itu ia dapat membuang sel kulit mati .
Kegunaan Nivea Micellar Water adalah untuk membersihkan muka dari kekotoran make up selain itu ia dapat membuang sel kulit mati .
Saya tak pakai make up tapi guna untuk membersihkan wajah daripada kekotoran seperti sel kulit mati, habuk-habuk, bendasing, minyak berlebihan pada kulit
Ini botol Nivea Acne Oil Control Micellar Water, isipadu 200ml
Ini cotton pad selepas mencuci menggunakan Nivea Micellar Water, sapu bahagian muka dan leher. Nah, berkerak daki keluar. hebat bukan produk ni?
Yakin je nak cuci muka lepas ni. Bagi anda yang belum pernah cuba, boleh cuba Nivea Micellar Water. Saya beli pun sebab ada promosi di Guardian tempoh hari. Anda boleh semak harga di website Guardian atau pun Watson. Sebenarnya produk Nivea senang nak dapat di seluruh Malaysia.
Antara kebaikkan Nivea Micellar Water Acne Oil Control :-
- Ia menanggalkan semua jenis make up walaupun di kawasan mata, tanpa meninggalkan kulit melekit akibat berminyak.
- Ia membersihkan secara mendalam
- Ia bertindak sebagai pelembab sementara
- Ia menyegarkan kulit muka sebab ada Oxygen Boost
- Ia tidak meninggalkan residue (colourants, alkohol, paraben dan silikon) pada kulit wajah
Cara guna mudah je, sebelum cuci muka anda titiskan pada kapas muka dan sapu pada muka sehingga bersih. Lepas tu boleh cuci muka seperti biasa ya. Wajah lebih lembut dan bersih selepas cuci muka tau!
Walaupun Nivea Micellar Water tidak bersifat antibakteria, bagi saya yang mempunyai kulit berjerawat boleh menggunakannya sebagai pembersih tambahan untuk menghapuskan kekotoran daripada permukaan kulit. Ini membantu mengelakkan pori-pori tersumbat yang mana boleh menyebabkan jerawat ..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!