Kisah Mr Goon Berniaga di Shopee

Mr Goon, Pemilik Kedai Baju Yang Hampir Tutup!

Mr Goon ini adalah pemilik kedai menjual pakaian lelaki di sebuah kompleks membeli belah di selatan tanah air.Ssebelum ini dia dah ada 4 buah kedai, tetapi disebabkan keadaan ekonomi yang tak berapa baik, peniagaannya jatuh merosot.

3 kedainya terpaksa ditutup dan dia hanya tinggalkan 1 buah kedai sahaja yang terus dibuka sebab mahu mengurangkan kos. 

Dia ada ceritakan masalah yang dihadapi kepada saya dan dia  tidak pasti sampai bilakah 1 kedai dia tu dapat bertahan kerana pelanggan semakin berkurang dari sehari ke sehari. 

Saya pun ceritalah kat dia macam mana cara saya menjual di Shopee. Tanpa berlengah, dia pun cuba  mempraktikkannya dan mula menyenaraikan semua pakaian yang dijualnya di kedai Shopee dia

Hasilnya, pendapatan dia  kini semakin meningkat dengan kos yang menurun, dia  berjaya mendapat pelanggan baru di Shopee. 

Jika sebelum ini kedainya hanya bergantung kepada pengunjung kompleks tersebut, kini pakaian yang di jual telah sampai ke seluruh Malaysia.  Sekarang dia dah buka 4 kedai baru, tapi bukan kedai kat  kompleks tu... tetapi kedai di Shopee dengan pelbagai nama.

Buat bisnes di shoppe adalah menjimatkan kos operasi disamping meningkatkan keuntungan anda!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024