Cara Cari Pembekal Dropship

Hai.

Sudah ketemu pembekal anda ? Dah dapat quotation harga ? Jual produk apa tu ?? ...Tanpa membuang masa, kita terus ke bahagian terpenting sekali dalam mencari pembekal produk mengikut susunan dibawah : 

Serahkan kepada Search Engine terkenal, pakcik Google

Bunyi macam lucu la pula, tapi Google banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah mencari pembekal. Banyak yang saya jumpa pembekal dropship, ada yang tawarkan dropship dan sebaliknya. Jangan risau, di Google setiap kali carian mencecah ribuan pembekal malahan puluh ribu orang. 


Memang banyak pada pandangan kasar, tetapi tidak semua kita perlu ambil. Cukup sekadar 5 orang ke 7 org, nak banyak lagi terpulang. Sebenarnya, anda mempunyai pembekal dropship yang ramai tidak rugi.

Jika pembekal A kehabisan stok anda boleh menghubungi pembekal B dan seterusnya. 

Jadi kerja tempahan anda lebih mudah. Pelanggan anda pun berasa gembira kerana produk yang mereka tempah ada stok. Anda hadkan seorang pembekal untuk satu atau dua jenis produk sahaja mengikut keutamaan.

Langkahnya cukup mudah, seperti yang saya sebutkan sebelum ini anda Cuma taipkan kata kunci produk yang ingin anda jual di Google sahaja. Google akan senaraikan website ataupun blog yang bersesuai dengan kata kunci tersebut. 

Contohnya anda minat berniaga susu unta, taipkan kata kunci “pembekal dropship susu unta”, “dropship susu unta” dan sebagainya.

Kalau nak cari pembekal direct dari China dengan kos amat murah saya sarankan anda dapatkan segera ebook panduan ini. Klik Sini

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024