Hai semua,
Siapa pernah pergi Guangzhou ? Mungkin sudah ada yang pergi memandangkan disana adalah syurga beli belah terkemuka dan dikenali ramai. Saya pun sudah pergi kesana untuk julung-julung kalinyaa dan hari ni saya akan ceritakan seringkas yang mungkin. Mungkin berguna untuk anda!
Servei la tiket mana tau rezeki dapat murah kan.. Saya booking dgn harga RM388 pergi-balik! Tapi awal la juga kena booking tu. Boleh rujuk promosi tiket Air Asia . Kalau MAS entahh lerr dapat tak harga ni saya pun tak tau !!..
Bermula episod selepas check in diri dan juga dokumen kita masuk lah pintu Perlepasan Antarabangsa. Ni kat klia2, mana tau ada yang tersesat. Perlepasan Antarabangsa ni dekat dgn Perlepasan Domestik. Insyaallah, ikut papan tanda tak tersesat ..
Sebelum masuk kena bawa Passport, Visa (Negara yang kena ada visa sahaja) dan juga Boarding pass. Imigresen & Security anda akan jumpa masa didalam terminal.
Lepas Check In tu gate kami P5,.. Jauh tak?? Ermm.. tak jauh tapi penat nak berjalan huyun-hayang. Kalau uolls ada beli luggage elok check in letak dalam perut kapal. Handcarry bawa yang ringan jer..
Ok,
Siap sedia untuk masuk ! Hari tu pergi agak ramai penumpang. Memang ramai manusia nak pergi Guangzhou termasuklah kami juga. Saya pergi berlima yaa
Tak cukup seat nak duduk. Lepak2 tepi je.. Apun excited xpe ahh. Penat cikit2. haha
Dalam flight kami tidur je. Terbang pada waktu malam bukan nampak apa pun. Lupa nak bawa kacang. Lau tak boleh mengunyahh . Masa pergi nasib baik perut dah kenyang. Lena lah kami tidur. :)..
Penerbangan dari KL-Guangzhou mengambil masa 4 jam sahaja. Di dalam flight nanti anda akan diberikan kad untuk diisi. Dipanggil 'departures card'. Isi details diri anda. Kad ini kena serah masa kat Imigresen China di Airport.. Bawa pen yaa.
Ok,, nanti anda akan sampai di Baiyun Int. Airport. Airport Guangzhou ni tersangat lah besar. Dan penat juga nak berjalan keluar. Mungkin bagi mereka yang tak biasa berjalan jauh akan terasa lenguh badan. Dok dalam flight pula kan lama pastu tetiba kena jalan jauh
Ini jer sempat snap masa kat airport. tak sempat kerana orang ramai dok langgar sana sini, Bergegar kamera. haah
Hotel tempat kami menginap, Clivia Hotel. Selesa juga dan ramai orang Malaysia tinggal disini. Harga semalaman dalam 200++ yuen. Tak pasti laa sebab kawan saya tolong bayarkan..
Plaza OneLink sesuai untuk membeli cendera mata. Harga disini murah dari Malaysia. Keychin pun 3 yuen.. dalam RM1.70++. Dari Hotel tu kesini naik teksi jer dapat la 11 yuen. Pastikan teksi meter tau! Info lanjut pasal OneLink ni baca kat sini. Klik Sini
Nii semasa kat Plaza Cenderahati tu la.. Banyak pula barang nak dibeli. Tunggu kawan keluar.
Mainan kanak-kanak sangatttt banyak dan macam2 ada. Ni antara contoh selfie dgn barang mainan kanak2. Kalau bawa anak kecik offcoz dia org kaku melihatnya dan tak nak beralih ke tempat lain.. haha.. Kat Malaysia mahal, sini murah banyakkk!!
Soal makanan kat sini susah nak makan dengan selera Malaysia. Jgn lupa lahh bawa jer makanan segera mcm megi ke.. roti... buah epal.. air boleh bawa tp sampai klia2 je. Nanti nak masuk balai berlepas kena buang daaa..
TIPS : Sebelum membeli makanan halal pastikan kedai tu ada tulis halal dan mestilah peniaga muslim. Saya ada tengok kedai halal ni dia punya logo hijau. Kalau was-was nak makan abaikan. Lagipun rasa dan aroma makanan kat sana tak sama mcm kat Malaysia... dan mahal.. Grr. adeke patut nasi goreng gitu gitu 15 yuen...tak masuk airr lagi!!
Nasi putih dia mcm pulut laa.. dah la sepinggan tu rega 10 yuen. 4 org daa 40 yuen... Nasib baik lauk kami kongsi 4 orang.. Ayam tu 4 ketul 40 yuen. Ayam goreng biasa jerr..
Ikan goreng 3 rasa. banyak tulang ikan ni entah ikan apa. Terubok kut!! Nasib baik ada telur dadar dan juga sayur goreng
Kebab Turkey ni sedap. Iolss boleh makan. Ingatkan rega 7 yuen. Rupanyaa 25 yuen satu ! Nasib ahh tak tanya dulu. Tuu boss dia pakai baju oren.. Ingatkan nak belanjer.. Makan kebab ni boleh kenyang sampai petang..
Satay kambing . Tak tau rasa sedap ke tak. Kawan2 jer beli. Nampak berselera diaorang makan.Harga secucuk cuma 3 yuen dan boleh request roti pita. Ramai orang beli masa ni. Dah la lama nk tunggu masak!!
Beijing Lui tempat beli handbag. Sebelum masuk nak jer selfie. kat sini selamat, jgn risau sebab ia dijaga oleh polis.. Rata2 tempat kat Guangzhou ni ada polis.
Plaza borong gajet. Kat sini mcm2 ada gajet terkini korang nak. Iphones pun boleh dapat 500 yuen. Sangat luas dan sempat melawat beberapa kedai... Pergi beli simkad China-Unicorm sebab nak guna internet... Murahh internet !!
Kawan saya di Plaza jam. Macam2 jenis jam ada kat sini.. Dari berjenama sampailah takde jenama.. hihi. Harga murah2. Berbeza di Malaysia..
Acara tawar menawar dengan penjual.. Kalau boleh tawar sebanyak mungkin. Dia org saje letak harga tinggiii. haha
Untuk pengetahuan semua, sebelum sampai di Guangzhou saya juga memborong dari China. Tapi borong secara online. Saya ada baca ebook ni. nak tau Klik Sini
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!