Kelebihan Agen Dropship

Menjadi agen dropship kepada pembekal anda seharusnya memudahkan kerja anda. Apa yang mudah? Tak perlu simpan stok melambak dan juga tak perlu pos barang. Suka tak ? Stor rumah anda kecil ? Jgn risau sebab anda tak perlu ruang untuk simpan stok bertimbun-timbun itu.


  • Anda tidak perlu simpan stok

Satu lagi kelebihan agen dropship ialah anda sesekali tidak perlu membeli produk secara pukal. Betul kata saya ni, sebab anda tidak perlu menyimpan stok produk dalam rumah. Kalau anda menyimpan stok ini sedikit sebanyak menyukarkan anda untuk pergi kurier produk tersebut, tambah-tambah lagi jika anda berada di luar kawasan. Seronoknya, anda boleh buat duit tanpa menyimpan stok produk. Jadi, tiada masalah stok rosak, stok tidak habis dijual, stok lama dan sebagainya. Sememangny, stok produk di pegang oleh pembekal anda. Dia adalah orang yang bertanggungjawab dalam menyimpan stok produk.

  • Anda tidak perlu pos barang

Ya ! Anda tidak perlu bersusah payah parking kereta keluar rumah untuk mengeposkan barang jualan kerana pembekal anda bersedia untuk melakukan aktiviti ini semua termasuk pos. Kerja anda mudah sahaja, buat apa menyusahkan diri sedangkan yang lebih senang ada.  Pastikan selepas barang anda di pos, apa yang perlu anda buat ialah meminta tracking number pos untuk diberikan kepada pelanggan anda. Cara ini terbukti untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan anda terhadap bisnes anda.

Pstt, nak tau camne nak buat bisnes secara dropship ? TAPI anda beli barang dari China. Jimat 30%-50% modal awal anda. Baca sini sekarang. Klik untuk baca !!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024