Mee Sup Mudah & Sedap

As salam,

Korang masak apa hari ini ? Masak kat rumah ke beli kat kedai? hihi.. Ok, hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua satu resepi kegemaran keluarga iaitu Mee Sup. Korang tau kan, mee sup ni simple je, tapi kalau malas nak buat asyik beli sampai bila tak pandai nak buat dirumah. 

Luangkan masa hujung minggu anda untuk mencuba resepi mee sup mudah dari saya. Mee sup ni simple je. Tak de la loaded  sangat, yang penting sedap, dan cepat habiss..

Resepi ini anda boleh cuba dirumah, bahan-bahannya pula senang nak cari, semua ada didalam peti ais.

Penyediaan Sup/Kuah
  • Ayam, ambil isi dan tulang skali
  • Air untuk merebus - 1 jag
  • Kiub pati ayam - 1 ketul @ 2 ketul
  • Bawang merah 3 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia
  • Fishball kalau nak letak
  • Rempah sup debu, cari jenama Faiza atau jenama lain
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam, gula & penambah perisa
Jangan lupa baca juga cara Buat Mee Kuning Homemade.

hah, itu dia bahan - bahan yang diperlukan untuk menghasilkan satu periuk kuah mee sup yang sedap & enak.. Kita pergi next steps, saya bagitau secara ringkas sahaja.


Bahan-bahan datas boleh menghasilkan satu periuk kuah mee sup untuk kita makan dengan mee nanti. Banyak fishball saya masukkan sebab budak-budak kat rumah suka sangat fishball. Actually not fishball, baru perasan kat plastik dia tulis chickenball. haha


1. Panaskan minyak, tumiskan rempah , bawang merah, bawang putih, halia sampai wangi. 

2. Bila dah naik wangi tu, masukkan ayam skali dengan tulang. Ayam tu kalau anda nak potong kecik pun boleh, tak nak potong kecil pun boleh. Lepas ayam masak, nanti racik halus isinya.

3. Masukkan air dan biarkan ia mendidih..Kalau nak umphh, masukkan bawang besar, ada rasa manis sikit. Dan masukkan juga Fishball. Kalau nak masukkan fishcake pun okey

4. Masukkan garam, gula, kiub ayam atau penambah perisa. Kacau sampai masak..

Cara penyediaan Mee Kuning

Kalau anda nak makan mee kuning, pastikan mee kuning itu dicelur sekejap. Ohh, saya ada tutorial membuat mee kuning homemade. baca sini. Jangan lama tau mencelurnya, sebab nanti mee jadi lembik dan tak sedap.. Nak gantikan dengan meehon pun boleh atau kuew tiaw.


Toskan air mee yang dicelur itu diatas penapis. kemudian letakakan penyepit. Lepas tu, boleh makan dengan kuah tadi. 

Ini versi sudah siap, masa nak makan boleh letak la sikit bawang goreng, daun sup dan perahan limau. Mudah disediakan dirumah sahaja.

Selamat mencuba..



1 comment:

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024