Cara Buat Perangkap Nyamuk

Hai.

Ada idea tak nak buat perangkap nyamuk moden? Nyamuk ni sekarang dah banyak, risau pula kalau nyamuk kat luar tu adalah nyamuk aedes. Mau diserang demam denggi kan. Apapun kita kena buat langkah pencegahan menyeluruh dari dalam dan juga luar rumah. Sudah bersedia dengan perangkap nyamuk selain ubat nyamuk .. hihi

Hah..bercerita pasal ubat nyamuk kekadang saya risau dengan budak kecil yang tertarik dengan benda alah tu. Satu hal kalau dia ambil dan pegang pastu baling kat pakaian, mau terbakar bilik tidur kita. Lagi satu, kalau dia makan kan. Ishh, bahaya betul. Kena cari jalan lain untuk atasi masalah ini.

Kalau digigit nyamuk bukan sahaja gatal malah boleh membawa penyakit denggi yang membawa maut. Kata orang mencegah lebih baik dari merawat, begitu juga dengan nyamuk ni. Sebelum mereka membiak, hapuskan dahulu tempat pembiakan nyamuk.

p/s : Perangkap nyamuk moden membantu membunuh 

Resepi Mee Kuning Homemade

As salam,

Morning.. hujung minggu nak dekat. Nak masak apa hujung minggu ni? Kan tak kerja, boleh fokus masak mee kuning homemade bersama-sama mak , anak-anak dan suami tercinta. Pasti hujung minggu anda lebih ceria..

Jom Kita Buat Mee Kuning Homemade..

Saya nak SHARE resepi mee kuning, buat pakai MESIN MEE/PASTA  tau... Mesin ni turut dijual online juga. Dengan menggunakan alat ini kerja membuat mee kuning menjadi lebih mudah dan cepat. Kalau dah jadi boleh share testimoni kat jiran-jiran sebelah.. haha. Mencari yang halal itu wajib, jom buat dirumah sahaja

Resepi Mee Kuning Mudah

SUMBER RESEPI : LIZA SULAIMAN

BAHAN-BAHAN :

Bahan-bahan mee kuning simple dan mudah nak cari.
  • 500gm tepung gandum
  • 2 biji telor
  • Air secukupnya, jgn lembik sudah
  • Pewarna kuning, sikit je


CARA MEMBUAT :

1. Masukkan telur + pewarna ke dalam air.
2. Pastu kacau
3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung, agak-agak sudah boleh kepal dan canai ok tau.
4. Kemudian , guna mesin Mee/Pasta yang macam dalam gambar saya kongsikan (GAMBAR NO 2)
5. Rebuskan air dan pastikan masukkan sedikit minyak masak, sesudu je..tak nak bagi dia melekat
6. Masukkan mee yang siap dicanai. Kalau dah siap nak lumur dengan minyak zaitun pun boleh
7 Siap dan boleh masak ikut citarasa. Nak buat mee goreng ke, mee bandung ke, mee udang ke..

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024