As salam,
Ingin ubah selera minum petang? Katanya sudah puas makan karipap. haha. Pernah dengar Macaroon. Sejenis kuih yang warna warni tu. Mempunyai saiz yang kecil dan comel molek. Sesiapa sahaja yang melihat pasti ingin mencuba. Akan tetapi yang membuat tu malas sikit. Biasa la, benda bersaiz kecil ni rumit dan bagi yang ada anak kecil pasti terbantut kerja di dapur !
Membeli macaroon di kedai saya rasa agak mahal juga. Sebab nya nak buat pun merumitkan dan susah kan. Kalau anda belajar buat macaroon sendiri sudah tentu anda akan tahu proses pembuatannya yang memakan masa yang agak lama kan. Saya pun baru nak cuba buat, tapi hasil nya mungkin tidak kemas dan secantik di kedai. haha
Bagi yang meminati seni membuat kuih macaroon ni. Jangan mengangap perkara ini leceh sangat. Boleh dikatakan leceh juga kalau tak tau cara buat. lagi satu, macaroon ni manis. Biasa la, dia pakai gula icing kan? Apa pun mari kita layan dulu resepi ringkas untuk membuat macaroon ini. Pasti ada yang tak sabar-sabar nak mencuba.
Resepi Macaroon Mudah
resepi oleh : kak.yani
Bahan-bahan(+-24 set,48 keping)
- 2 biji (80gm) telur putih L size
- 60gm gula kastor
- 80gm almond powder
- 120gm gula aising
- sedikit esen vanila
Inti : Nuttela, Chocolate Filling, Fruit Filling
Cara-cara Membuat Macaroon :
1. Ayak almond powder dengan gula aising.
2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper sebesar size 20sen atau 50sen. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (bergantung kepanasan oven masing2.. hana bakar 16-17minit). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
Acuan Macaroon Murah
Bagi yang rasa susah nak carik acuan macaroon yang sesuai. Saya ada solusinya. Guna saja set acuan macaroon ini pasti membantu kerja-kerja membuat macaroon di dapur anda.
Didatangkan khas dengan icing punch, tray dan juga nozzle ! Anda tidak perlu mengupah orang lagi membuat macaroon kegemaran anda.
PROFESIONAL MACAROON BAKING SET rakan anda didapur !
➨ Jimat duit anda.
➨ Anda boleh jadi pakar Macaroon HOMEMADE !!
➨ Macaroon yang dihasilkan sama seperti di kedai. Padahal buat SENDIRI jer ...
➨ Anda lebih profesional dalam membuat macaroon
➨ Pasti ANAK-ANAK anda suka
Amacam, berminat nk CUBA? Nak harga promosi ? Nak kami pos percuma? SMS/Whatapps ke 0133049082. Sila lah berurusan dengan admin disana.
Selamat mencuba macaroon mudah ini.
Nak save resepi..tq
ReplyDeleteMenarikkk, nak cuba buat esok.tq share resepi.
ReplyDeleteTq..share.
ReplyDelete