Hai,,
Sekarang ni musim orang ada duit sebab baru jer dapat gaji kan ? Ada tak antara anda semua membeli barang atau produk secara online. Orang kata kalau beli barang online ni kan tak de la nak bersesak-sesak jem jalan nak keluar kan. Kalau barang tu rare apa salah nya pilih-pilih dan beli tanpa banyak soal jika diluar sana sukar untuk mendapatkannya. Perangai saya macam tu laaa. tak kira baju ke, seluar ke, pinggang mangkuk ker, dll.. Online mudah, pastikan Trusted Seller tau anda berurusan!
Laman shopping beli belah online terkenal Nile.com.my juga menawarkan pelbagai kategori fesyen, buku, aksesori gadjet, barangan bayi, barangan keperluan dan seumpamanya. Jika dilihat kategori fesyen, harganya pula berpatutan dan boleh dimiliki oleh sesiapa pun. Dan lagi satu saya rasa fesyen yang dijual di Nile.com.my ni susah kot nak dapat di luar sana. Kalau ada harga mungkin boleh merobekkan poket anda. hihihi
Berdasarkan pengalaman saya membeli pakaian di Nile.com.my ni sangat la mudah dan senang berurusan. Walaupun syarikat mengutamakan pertanyaan pelanggan melalui emel, staff mereka memberi respon pantas dalam menjawab sebarang pertanyaan. Ni yang saya mahukan jika saya membeli sebarang items secara online. Segala masalah ketidakpastian mengenai barang tempahan dapat dijawab dengan serta merta kecuali staf dia keluar rehat ( tak tau la saya, mungkin ada person in charge ).
Selain itu, membeli belah di Nile.com.my juga diberi jaminan pemulangan barang dalam masa 7 hari jika ada apa-apa kerosakan dan tidak puas hati terhadap items tersebut. Untuk pengetahuan anda, Nile.com.my juga akan memberikan jaminan " Low Price Guarantee " . Penghantaran percuma turut diberikan jika pembelian melebihi RM100. Tapi saya dapat penghantaran percuma sebab masa beli hari tu Nile.com.my membuat promosi sempena Tahun Baru Cina.
Dari segi harga, Nile.com.my memberi harga saya rasa murah kot? Saya mampu beli walaupun poket tak pernah lebat !! hahaha... Harga yang di pamerkan di website mungkin harga borong. Jadi kalau anda deal nak murah lagi tak dapat sudah. Apa pun berbelanja lah ikut kemampuan tuan/puan ye.
Barang yang saya tempah dari Nile.com.my sudah sampai dirumah. Syarikat menghantar menggunakan service courier Gdex. Masih berbalut kemas lagi. Hanya 2 pasang baju sahaja.
p/s :Interface website Nile.com.my

p/s : Interface Facebook Nile,com.my

Plastik pun ada cop dia je. Mudah orang nak kenal syarikat ni. Tapi kalau dia pos kat ofic tempat kerja kan sibuk pula kawan-kawan tanya ko beli apa kan ? haha... Bijak marketing dia !!
Bagi yang kaki dropship, memang kecewa sedikit sebab Nile.com.my tidak membuka peluang dropship. Sebab packing dia pun dah terpampang jenama dia dan disertakan sekali dengan resit pembelian. Ini menyukarkan anda yang berniaga secara dropship sahaja kan. Faham kan maksud saya?
Sekian sahaja review pengalaman saya membeli belah di Nile.com.my. Saya harap anda semua cuba la masuk usha web dia. Mana tau ada produk yang anda minat. Ini adalah pendapat saya semasa membeli belah di gedung online tersebut. Pengalaman pembaca mungkin tidak akan meyerupai apa yang saya kongsikan.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!