As salam,
Tabung haji baru sahaja mengumunkan dividen dan bonus untuk tahun 2014 baru-baru ini. Dan yang pasti, dividen dan bonus tersebut sudah dikreditkan ke akaun pelabur? Sudah semak akaun belum? Masa ni lah confirm ramai orang kat pejabat Tabung Haji, kaunter bank seperti Bank Islam dan juga Bank Rakyat.
Ni pun dikira ok lagi sebab sekarang sudah boleh semak melalui kaunter bank. Yang pasti dulu kena pergi kaunter atau kioks Tabung Haji. Bagi saya, nak pergi satu hal dah la jauh pula tu. Insyaallah, kalau kaunter bank ada je yang dekat dengan rumah ..
Zaman pun sudah maju, rata-rata orang zaman sekarang ni sudah mahir komputer kan. Okey, hari ni tutorial nak check akaun Tabung Haji melalui online banking Maybank2u sahaja.. Setakat ini hanya yang saya tahu Maybank2u je boleh link akaun Tabung Haji dengan akaun Maybank2u.com !
Nak tahu lebih lanjut boleh check kat blog [faridadam.] Bila dah link, jom kita tengok cara untuk check baki melalui maybank2u ya.
Gambar dibawah dari blog ( Sumber )..
Yang ni memang ramai yang familiar ya, make sure firstly pilih item "accounts & banking".
Lepas tu pilih le "transfers". Pelik juga apasal kena pilih item ni, entahlah maybank ni.
Seterusnya cari "Tabung Haji".
Then pilih pula "balance inquiry". Yalah kan nak check baki dalam akaun tabung haji. Kalau nak pindah wang boleh pilih "fund transfer" manakala nak daftar haji boleh pilih "Hajj registration". By the way, kos semasa untuk menunaikan haji adalah RM15,555 yang mana kita hanya perlu membayar RM9,980 since Tabung Haji sponsor RM5,575.
Anyway kita sambung citer pasal check balance kat Tabung Haji.
Anyway kita sambung citer pasal check balance kat Tabung Haji.
Setelah klik, keluarlah macam ni.
Since dalam akaun maybank ni saya link akaun Tabung Haji saya aja so ada satu le. Yang anak-anak punya, link akaun wifey.
Dah link belum akaun m2u korang dengan akaun Tabung Haji. Cepat pergi bank buat. Ni senang je, boleh buat kat ATM mesin sahaja. Bawa la buku pelaburan Tabung Haji tu.. Kalau ingat nombor is okeyy...
Sekian tutorial cara nak check akaun tabung haji saya kali ini. Anyways, thanks to sumber diatas. Kalau saya buat tutorial sendiri pun sama sahaja gambarnya. Mujur ada mereka itu yang sudah review awal-awal.
p/s : kalau ASB memang saya tak tau check online. Rasa kena pergi pejabat pos dan bank yer !
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!