Hai,
Lama saya tak review pasal tokoh usahawan kosmetik. Biasa kita lihat ramai dalam kalangan wanita yang menjadi usahawan kosmetik terkemuka seperti Allahyarhamah Datuk Sosilawati sebagai pengasas NV, Dato Vida pula terkenal dengan rangkaian produk Pamoga dan Qu Puteh, manakala Puan Rozita Ibrahim pula pemilik serta pengasas Sendayu Tinggi , paling popular Kak Ton la .. hihihi....dan ramai lagi yang saya suka baca kisah kejayaan mereka.
Nak buat Produk KOSMETIK Jenama Sendiri ?? . Klik Sini !
Berbalik kepada tajuk kita, hari ini saya ingin perkenalkan seorang lagi usahawan kosmetik iaitu Muhammad Zukermi, pengasas MZ Secret. Mari kita ikuti latar belakang kejayaan pengusaha produk kecantikkan MZ ini.
p/s : Muhammad Zukermi
Credit : Utusan Melayu
Ketiadaan modal bukan satu halangan untuk berjaya dalam perniagaan andai agama, ilmu pengetahuan serta semangat tidak mudah berputus asa sentiasa menjadi pegangan hidup.
Itulah yang cuba dibuktikan oleh usahawan muda, Muhammad Zukermi Edi apabila beliau berjaya membina empayar perniagaan atas talian dengan hanya bermodalkan RM1.
Mengakui rakan-rakan terkejut mendengar kisah perubahan hidupnya, Muhammad Zukermi kini sudi berkongsi kisah menarik di sebalik kejayaannya yang bermula dengan RM1 itu.
Pada umur 21 tahun, saya pernah lalui kehidupan seperti remaja gelandangan di Rembau, Negeri Sembilan. Pengalaman hidup sebatang kara ketika itu betul-betul memeritkan.
Namun, Allah SWT telah turunkan keajaiban dalam hidup saya. Baki RM1 dalam poket ketika itu telah saya gunakan untuk melayari internet di kafe siber. Itulah saat saya mula berniaga secara dropship menerusi akaun Facebook.
Siapa sangka, masa yang begitu singkat pada ketika itu telah mendatangkan pulangan yang besar. Dari mula berniaga secara dropship, kini saya berjaya membina syarikat sendiri dengan keuntungan tahunan mencecah jutaan ringgit," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Anda Nak Buat Produk KOSMETIK Jenama SENDIRI ?? . Klik Sini !
Pada tahun 2013, Muhammad Zukermi telah melancarkan beberapa rangkaian produk kecantikan seperti MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray di bawah syarikat MZ Secret Sdn. Bhd. miliknya.
Meskipun bermula tanpa pengalaman yang luas, beliau sendiri tidak pernah menyangka yang produk keluaran syarikatnya berjaya menambat hati ratusan ribu rakyat Malaysia.
Hari ini, pemuda kelahiran Temerloh, Pahang itu sudah boleh berbangga dengan usaha hasil titik peluhnya sendiri dan beliau telah membuktikan kepada semua orang yang sesiapa saja boleh berjaya.
Menjadikan pakar pemasaran internet, Tuan Faisal Abdullah sebagai sumber rujukan utamanya, Muhammad Zukermi melihat 2014 sebagai tahun untuk mendidik lebih ramai rakyat Malaysia yang berminat dalam perniagaan atas talian ini.
Laluan kejayaan kita pastinya sukar, tapi saya percaya dengan izin-Nya, ia boleh dikecapi jika kita berusaha dengan gigih. Jangan jadikan kekangan hidup sebagai alasan untuk tidak berjaya.
Saya juga percaya masih ramai yang inginkan bimbingan bagi mengubah hidup dengan perniagaan dan mereka inilah yang akan saya buru pada tahun ini," ujarnya.
Terbaharu, syarikatnya bakal melancarkan satu produk yang dirumus khas untuk kebahagiaan suami isteri dan dijangka menjadi satu lagi produk terlaris beliau untuk tahun 2014.
Dengan kejayaan yang telah dikecapi, Muhammad Zukermi kini merancang mencari lebih ramai rakan niaga bagi memeriahkan pelancaran produk terbaharu itu.
Pada saya, projek terbaharu ini bakal menjadi satu peluang yang terbaik buat mereka yang idamkan taraf serta kualiti hidup yang lebih tinggi.
Selain itu, saya akan tetap teruskan berkongsi kisah hidup saya menerusi akaun Facebook untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang," katanya.
Macam mana? Duduk senyap tanpa buat apa-apa mana nak datangkan hasil kan. Zukermi bermula RM1 dan menyertai dropship jer. Boleh la kumpul modal. Saya beranggapan anda patut mencontohi Zukermi ini. Sekarang rata-rata orang pakai Smartphones dan Laptop, ada internet pula kan? Apa kata mulakan langkah awal anda menjadi usahawan atas talian hari ini.
Kini ramai usahawan telah merungkaikan trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.
Kredit artikel asal di :
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!