Berniaga Sampingan Secara Dropship

Assalamualaikum,

Sihat semua? Harap-harap semua pembaca dalam keadaan sihat semua. Apa perancangan anda akhir-akhir hujung tahun ini. Moga-moga segala perancangan anda dimakbulkan Allah S.W.T. Tahun 2014 sudah menghampiri penghujung nya. Tahun 2015 akan menjelma tak lama lagi kan? 

Ada tak pembaca saya ni minat bisnes? Bagi yang merancang untuk buat bisnes dropship tu elok la sebab sekarang rata-rata orang buat side income untuk tampung perbelanjaan. Dengan kos sara hidup yang meningkat naik kan, better u olss cari pendapatan sampingan yang boleh memberi pulangan setiap bulan.

Haa. Bercakap pasal dropship ini teringat saya dulu ada sertai dropship produk-produk orang lain. Hasil keuntungan itu boleh la bayar bil internet, top up telefon dan beli baju, seluar, makan KFC hihihi, beli aksesori serta lain-lain keperluan lagi. Pulangan pun tak banyak tapi okey la kan untuk saya bermula.


Anda semua kena cuba bisnes dropship ni. Dropship dengan kata lain adalah jual produk orang lain. Sehubungan dengan itu, anda boleh mark up sendiri harga jualan anda. Untung tu masuk akaun anda secara langsung. Kan okey tu sebab kita boleh ambil untung atas angin sahaja. Contoh satu produk untung RM20, kalau dah 10 unit tak ke dapat RM200. 


"Siti Noorhafeza selesa berniaga melalui Internet"

Sangat okey untuk anda yang suka mengadap smartphones dan juga laptop serta yang suka melayari internet. Jangan sia-siakan masa dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Dengan usaha kecil ini dapat menyumbang sedikit sebanyak pendapatan pasif untuk anda setiap bulan. 

Sekarang ni tak dinafikan juga suri rumah suka bekerja dari rumah sahaja sebab mereka boleh jaga anak-anak sekali kan. Sambil urus hal-hal rumah tangga dia boleh buat bisnes online sekali katakan. Masa yang ada tu dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Saya mengagumi si isteri macam ni. Zaman dah maju sekarang.. hehe..Hanya jana wang dari rumah sahaja. Hasil untung tu boleh la beli pampers anak-anak, dan juga barang dapur.


Terjumpa keratan akhbar Irfan Khairi. hehe :)

Saya harap bagi mereka yang nak bermula tu dalam bisnes online ni cuba dulu dropship. Langkah mudah sahaja dropship.

1. Kena cari pembekal. 
2. Dapatkan produk yang anda berminat untuk jual
3. Dapatkan harga dropship beserta kos pos (jika ada)
4. Anda jual harga anda
5. Dapatkan tempahan
6. Untung boleh simpan terus

Bekerja dari depan laptop pun boleh menjana pendapatan tambahan. Ayuh, sama-sama kita manfaatkan masa yang ada ni dengan perkara-perkara yang menguntungkan kita semua. Akhir kata, saya mendoakan anda semua berjaya nanti.

Bagi wanita yang nak mulakan online bisnes boleh baca disini

Sekian.

1 comment:

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024