Cara Detox Badan

Assalamualaikum semua...

Air detox atau infused detox water ni memang amat di gemari oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menguruskan badan. Ia sangat berkesan, menjimatkan duit dan sangat mudah di sediakan.

Credit pictures as watermark

Air Detox

Bahan yang di gunakan untuk menghasilakn air detox ini bergantung pada individu mengikut citarasa masing-masing. Ada yang menggunakan lemon, halia, serai, daun pudina, oren, timun, berry, anggur, epal, kulit kayu manis dan banyak lagi..

Kelebihan air detox

1. Mengukuhkan sistem imun
2. Mengelakkan sembelit
3. Menurunkan berat badan
4. Menyeimbangkan pH dan gula dalam darah
5. Meningkatkan tenaga
6. Membersih dan membina semula sel
7. Mencantikkan kulit dan wajah

Kombinasi menarik untuk membuat air detox

Buat air macam ni pun ok juga

Cara menyediakan air detox :

1. Potong bahan-bahan yang ingin di gunakan mengikut citarasa anda sendiri.
2. Masukkan ke dalam jag dan tambahkan ketulan ais.
3. Isi air masak sebanyak 1 liter dan tutup jag berkenaan
4. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara semulajadi, inilah pilihan yang paling tepat. Hanya minum sahaja. Tapi awas!! Bersiap sedialah ke tandas ye...

Selamat mencuba!

Untuk kurus lebih cepat tanpa berlapar, boleh cuba Emorra Be Slymm Klik SINI

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024