Salam,
Topik hari ni saya nak bercerita sedikit mengenai tips untuk berenang. Korang minat berenang tak? Sekadar hobi ke? Atau anda pada peringkat permulaan untuk berenang. Sejak kebelakangan ini saya banyak bertemu orang dewasa yang ternyata tidak boleh berenang dengan mudah. Memang agak memeranjatkan, masih saja banyak orang belum pandai berenang dari kegiatan air ini.
Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, atau sekadar ingin meneruskan kemampuan anda, berikut adalah beberapa tips yang saya baca. Sebelum itu, anda perlu ingat untuk patuhi semua peraturan di kolam renang. Jika anda belum boleh berenang, pastikan ada pendamping atau penunjuk ajar yang sudah boleh dan dapat membantu anda sewaktu berenang. Jangan belajar sendirian tau.
Sumber foto: sciencedaily.com
- FIKIRAN KITA
Sebelum bermula, anda kena tahu terlebih dahulu mengapa anda mengalami kesulitan belajar, atau mengapa anda tidak boleh berenang sampai usia dewasa. Kebanyakan alasan yang saya temui adalah "rasa takut" atau "takut tenggelam". Hal ini boleh menjadi faktor yang paling besar. Oleh kerana itu, anda perlu berhenti menganggap air, atau kolam renang, atau laut, sesuatu yang mengerikan.
Pilih kolam renang yang cetek/dangkal, dan mula bermainlah dengan mainan air atau alat pelampung, dan bergerak-geraklah di air untuk mendapatkan perasaan selesa. Kenakan kacamata dan cuba lihat ke dalam air dengan menyelam sedikit wajah ke air, meskipun masih dalam kedudukan berdiri. Proses ini mungkin memakan masa lama, apalagi bagi anda yang mempunyai trauma dengan air.
- TEKNIK AMBIL NAFAS
Cara bernafas adalah salah satu kesalahan yang banyak saya temui pada perenang rekreasi. Cara yang betul adalah apabila wajah kita di dalam air kena buang nafas melalui hidung. Lalu apabila wajah anda di luar air, tarik nafas dengan menggunakan mulut. Latih di kolam cetek sehinggalah anda yakin selesa dengan mekanisme ini.
- TEKNIK MENGAMBANG
Banyak juga yang tidak tahu bagaimana cara mengambang. Mulakan di dalam kedalaman kolam yang airnya setinggi dada anda, lalu gerakan tangan di kedua-dua sisi badan untuk mempertahankan badan tetap tegak di air. Buatlah gerakan melingkar dengan kedua tangan (tangan kanan arah jarum jam, dan tangan kiri arah melawan arah jam), satu persatu bergantian. Lakukan hal yang sama dengan kedua-dua kaki anda hingga merasa badan melayang atau terapung di air. Seronok tau buat ni. Meh cuba kat kolam yerr !!
- TEKNIK 'DOGGIE PADDLE'
Saya sebenarnya tidak menyukai nama ini, hahaha tetapi memang gaya renang yang paling mudah untuk dipelajari pada peringkat permulaan adalah menggerakkan kaki dan tangan seperti anjing semasa berenang, atau disebut 'doggie paddle'. Iaitu dengan menendangkan kaki dan tangan untuk membuat badan maju. Pada awal, gerakannya akan pendek dan cepat, tetapi jika anda sering melakukan ini, gerakannya akan semakin panjang dan stabil.
Dipetik dan diolah dari : (Richard Sam Bera, bekas perenang kebangsaan Indonesia dan pemimpin redaksi di majalah lelaki)
Haaa, bagi yang kurang jelas cara nak berenang yang betul. Anda semua kena baca sini. Dengan memiliki ebook ini, anda akan mengetahui bagaimanakah cara yang sebenar untuk belajar berenang. Jadi, apabila anda kembali semula ke kolam renang, anda sudah tahu apakah latihan serta langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mula belajar berenang.
Insyallah, selepas ini, apabila anda ke kolam renang semula, anda sudahpun boleh berenang!
Sekian. :)
Nak belajar inshaAllah tips ini membantu. Hehe
ReplyDeleteTerima kasih atas tekniknya
ReplyDelete