Resepi Biskut Dahlia

Salam,

Saya suka makan biskut Dahlia. Resepi yang saya cari kat Google sahaja.. Biskut dahlia ni yang susahnya nak buat bunga dia. Kalau pergi hari raya masa tu, ramai jiran-jiran buat biskut dahlia ni sebab dia tak de lah berminyak sangat masa makan. Rasa pun ranggup dan sedap !

Sumber : Rasa

Bahan-bahan ( untuk 50-60 biji )
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan mentega @ marjerin.sy gn marjerin je.
  • 3 cawan tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 cawan tepung kastard

Cara-cara
  • Pukul marjerin @ mentega dan gula.
  • Masukkan telur,pukul lg smpi kembang. pastu masukkan esen vanila dan serbuk penaik.
  • Masukkan tepung jagung dan tepung kastard sedikit demi sedikit.klu terlalu lembut,mskkan sedikit tepung jagung.
  • Terapkan dengan acuan bunga dahlia.bakar pd suhu 150 c selama 10 min. 
Sumber Myresepi saya. Resepi ini menjadi..

Saya gunakan acuan biskut dibawah untuk memudahkan lagi kerja menekap. Opss ! lupa nak kasi gambar yang ditekap tu.. Serius memang mudah dan senang saya guna alat tu..



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi baca artikel ini. Sila jaga etika komen anda. Please do not SPAM here!

Iklan Tajaan




Blog www.ShafiqRaduan.com | 2013-2024